1 November 2017

Tepung Bungkus, Kuih Tako dan Kuih Sagu


Sedap. Makanan daripada kuih tradisional tak pernah mengecewakan dari segi rasa dan rupa. Kebanyakan kuih tradisional Melayu misalnya, dihasilkan dengan rupa yang cantik tanpa meletakkan rasa itu jauh dari apa yang dilihat. In Sha Allah, andai rupa elok je, rasa juga akan sedap. Saya tunjukkan anda rupa Tepung Bungkus, Kuih Tako dan Kuih Sagu dalam wordless wednesday kali ini.

Wordless Wednesday. Hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger tanpa sebarang ayat atau keterangan panjang berjela, hanya semata gambar yang diterbitkan pada setiap hari Rabu. Pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing di ruangan komen.

Sedapnya Kuih Tako, Kuih Sagu dan Tepung Bungkus

Tepung Bungkus, Kuih Tako dan Kuih Sagu
Kuih Sagu dan Kuih Tako

Rupa Kuih Tako

Kuih Tepung Bungkus

Kuih Tako dan Kuih Sagu

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

6 Komen

Semua tu kueh feveret akak...
huh... nampak sangat orang lama

dulu selalu je keliru kuih tako ngan limas :P

Mama suka semuanya Tu especially kalau time puasa

Wah sedapnya, nak kena mencari petang ni...

Tengok gambar pun dah menyelerakan. Sedapnya kuih sagu :)

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon