Traveloka Banner

Tombiruo - Novel Ramlee Awang Murshid Kini di Pawagam

Novel Ramlee Awang Murshid kembali mendapat perhatian ramai, apabila salah satu novel thriller penulis ini sudah dibawa ke layar perak iaitu Tombiruo - Penunggu Rimba. Filem lakonan Zul Ariffin ini sudah mula ditayangkan di pawagam sejak minggu lalu, dan khabarnya mendapat sambutan yang hangat.

Novel thriller dari Ramlee Awang Murshid memang terkenal dan laris sejak dahulu lagi. Isteri saya antara peminat novel tegar, dan baru-baru ini sudah kembali membaca novel genre thriller dan seram. Aha, pastinya .. seleksi terbaik koleksi novel Ramlee Awang Murshid menjadi antara pilihan.

Novel Ramlee Awang Murshid, Tomburio Kini Di Pawagam

Novel Ramlee Awang Murshid, Tomburio Kini Di Pawagam
Novel Ramlee Awang Murshid, Tomburio Kini Di Pawagam
Menurut isteri saya, ada peminat tegar Ramlee Awang Murshid yang sedang mencari edisi terawal novel-novel karya penulis ini. Malah, sanggup membayar dengan harga tinggi. Saya ada buat semakan di Karangkraf Mall, edisi penuh novel Tombiruo dijual dengan harga RM399.00 satu set.

Fuh, nampaknya menjadi satu fenomena pula bila novel hebat Tombiruo dibawa ke skrin besar. Apatah lagi, filem ini menyaksikan gabungan empat syarikat iaitu Astro Shaw, Ideate Media, Kumpulan Karangkraf dan Layar Sunan berkolaborasi buat pertama kali selaku penerbit.

Filem Tombiruo mengandingkan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, dan Faizal Hussein. Uhh bila ada nama Zul Ariffin dan Farid Kamil, mesti ada adegan dan aksi lasak berlawan seperti mana dalam filem J-Revolusi. Selain tu, turut berlakon dalam filem ini ialah Farah Ahmad, Atu Zero, Hasnul Rahmat, Michael Chen, Datuk M Nasir, Datin Marlia Musa, Faye Kusyairi dan ramai lagi.

Jika anda belum menonton filem Tombiruo, dan anda pula adalah peminat novel karya hebat Ramlee Awang Murshid, tentu anda akan ada high-expectation tentang filem ini. Mesti anda akan membandingkan dengan jalan cerita antara di dalam novel dan filem .. ahah .. kan kan?

Saya dan keluarga belum lagi menonton filem ini. Tetapi memang ada cadangan nak pergi menonton.

Trailer Filem Tombiruo - Penunggu Rimba

Tengok trailer Tombiruo - Penunggu Rimba pun nampak cam best je .. huhu ...
Isteri saya pula sudah mula membaca novel Tombiruo ni, dan saya fikir ... tak lama lagi khatamlah tu. Haha .. isteri saya memang cekap baca novel, tak macam saya ni yang kena ambil masa lamaaaaa untuk habiskan sebuah novel nipis. Dan yang bestnya, isteri saya pandai mengulas ... uhh boleh tu ingat rentetan cerita dalam novel.

Novel Ramlee Awang Murshid ada banyak. Di sesetengah tempat agak sukar nak ditemui. Itu sebab ada yang sanggup beli untuk versi terawal (kulit asal) dengan harga tinggi. Ia kini boleh dianggap sebagai satu koleksi berharga buat mereka yang gemar novel genre thriller ni, nak-nak lagi bila sambutan terhadap filemnya agak baik.

Anda peminat novel Ramlee Awang Murshid jugak ke?<

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

12 Comments

  1. Saya baca novel ni pun dulu pinjam dari Library Negeri, hehe.

    ReplyDelete
  2. Macam best jer novel ni...nak baca jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak review yang bagus untuk filem ni ...

      Delete
  3. Saya sempat baca dua buah sahaja novel awang ramlee mursyid

    ReplyDelete
  4. Saya sempat baca dua buah sahaja novel awang ramlee mursyid

    ReplyDelete
  5. mak mertua dh baca novel ni..fberet die. tapi nk tgk wynag tak la..heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm .. mesti sebaya dengan Ramlee Awang Murshid ni ..

      Delete
  6. dah lama x baca novel, hanya membaca novel untuk peperiksaan Leftenan adnan dan tirani..

    ReplyDelete
  7. saya sgt tak minat membaca novel :) hu hu hu.
    saya suka baca buku non-fiction.
    membawa maksud saya tak pernah la membaca naskhah RAM.
    but, bila ada ofismet yg ulas pasal buku RAM di fesbuk, saya tertarik utk nak tonton filem ni.
    ada plak member skola lama yg ulas jugak filem & buku Tombiruo ni... hmmmm mcm wajib tonton :)

    ReplyDelete
  8. novelnya tak pernah baca tapi bila dah tonton trailer filem Tombiruo ni, kena pergi tengok juga ni.

    ReplyDelete
  9. sejak dah dibuat movie ni, makin femes buku-bukunya

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.