Traveloka Banner

Jadual Takwim Persekolahan Tahun 2018

Jadual atau Takwim Persekolahan untuk tahun 2018 telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ibubapa yang ada anak-anak bersekolah, boleh jadikan jadual takwim ini sebagai rujukan di rumah. Saya kongsikan kepada anda dalam bentuk gambar (jpg) supaya anda boleh muat-turun dan cetak andai perlu.

Jadual Persekolahan tahun 2018 terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan sekolah pertama adalah kumpulan A melibatkan sekola-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu. Manakala takwim sekolah untuk kumpulan B melibatkan sekolah-sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan KL, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Jadual Persekolahan Tahun 2018

Jadual Takwim Persekolahan Tahun 2018
Untuk tahun 2018, jumlah bilangan hari persekolahan adalah sebanyak 214 hari, manakala cuti sekolah adalah sebanyak 72 hari melibatkan cuti pertengahan penggal pertama, cuti sekolah penggal kedua, cuti pertengahan penggal kedua dan cuti sekolah akhir tahun.
Jadual Persekolahan Tahun 2018
Berikut, saya kongsikan dua jadual atau takwim persekolahan untuk tahun 2018 bagi sekolah-sekolah kumpulan A dan kumpulan B.

Jadual Penggal Persekolahan 2018 - Sekolah Kumpulan A

Jadual Penggal Persekolahan 2018 - Sekolah Kumpulan A

Jadual Penggal Persekolahan 2018 - Sekolah Kumpulan B

Jadual Penggal Persekolahan 2018 - Sekolah Kumpulan B
Untuk ibubapa yang bekerjaya, tentunya jadual sekolah dan cuti penggal ini akan dapat membantu dalam membuat perancangan terutama untuk bercuti bersama keluarga. Ia juga penting kalau anda merupakan seorang yang merancang dalam penjimatan kerana takwim persekolahan ini boleh membantu dalam merangka perbelanjaan 2018.

Semoga perkongsian dan jadual yang disertakan dapat dimanfaatkan sebaiknya. Boleh kongsi pada rakan-rakan ibubapa yang lain.

Sumber: MOE



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

3 Comments

  1. Ya..bagi saya sangat perlu

    Sebab Anak Sekolah Asrama..

    ReplyDelete
  2. Rujukan yang bagus. Boleh la ibu bapa rancang percutian untuk meluangkan masa dengan anak mereka

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.