Siapa dah melabur dalam unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)? Saya dah ... alhamdulillah, sejak saya melabur di dalam AHB ini, saya memang gembira dengan pulangan yang diterima. Dan terbaru, Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dan Maybank Asset Management Sdn Bhd pada 5 Oktober 2017 telah mengumumkan agihan pendapatan akhir sebanyak 3.10 sen seunit untuk dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) ini bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2017.

Ini merupakan agihan pendapatan kedua atau dividen untuk tahun 2017 selepas sebelum ini PHB dan Maybank Asset Management mengagihkan pendapatan pertama sebanyak 3.10 sen seunit yang diumumkan bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac, 2017, alhamdulillah bayaran ini telah dimasukkan ke dalam akaun simpanan Maybank saya pada April 2017.

Agihan Pendapatan (Dividen) AHB RM3.10 Sen Seunit, Masuk Akaun Pada 16 Oktober 2017

Dividen AHB RM3.10 Sen Seunit, Diterima Mulai 16 Oktober 2017
Kalau ada yang tidak tahu, jika anda melabur di dalam AHB, anda akan terima pulangan keuntungan pelaburan anda sebanyak 2 kali setahun. Sekali pada bulan April dan keduanya pada bulan Oktober. Itu sebab saya katakan memang untung banyak jika melabur di dalam AHB ni.

Jika awal-awal dulu, seandainya anda nak mula melabur dalam AHB ini, ia memerlukan anda untuk memdepositkan wang sebanyak RM1000, tetapi sekarang dengan hanya RM100 anda dah boleh mula buka akaun pelaburan AHB ini di mana-mana cawangan Maybank.

Masih tak ada pengetahuan berkaitan AHB ni? Apa yang saya petik dari laman web PHB:
Dividen AHB RM3.10 Sen Seunit, Diterima Mulai 16 Oktober 2017
  • [col]
    • AHB is a Shariah-compliant unit trust fund that invests primarily in commercial properties in prime locations within Malaysia. It is established to provide opportunity to Bumiputera investors to participate in owning prime commercial properties through the holding of units in AHB as unit holders.
    • AHB has an initial fund size of 1 billion units available to be subscribed by Bumiputera investors at a price of RM1.00 a unit at all Maybank and AmBank branches. The fund is presently backed by 17 commercial properties that are already tenanted and are enjoying a steady stream of rental income. In 2012 and 2013, the fund size was increased by 500 million units respectively, giving the total fund size of 2 billion units.
    • Subsequently, in April 2016 the fund size has been further increased to 3.5 billion units.The minimum investment entry has now been reduced from RM500 to RM100 per person. Whereas, the maximum investment amount has been increased from RM400,000 to RM500,000 per person.

Kemudian, anda boleh tambah pelaburan terus menerusi kaunter Maybank dengan hanya RM100 sahaja (minima) - bila-bila masa, tanpa komitmen bulanan. 

Pelaburan AHB tidak mempunyai buku pelaburan semacam ASN atau ASB. Ia semua bergantung dengan penyata yang akan dihantar kepada anda pada setiap tahun kewangan berakhir. Pun begitu, anda sebenarnya boleh semak baki dan jumlah pelaburan AHB anda dengan mudah menerusi Maybank2u.
AHB - Dividen 2017
Antara sebab saya suka dan syorkan anda melabur di dalam AHB ialah kerana ia merupakan dana amanah atau unit trust yang patuh Syariah. Pelaburan pula disokong oleh aset hartanah dengan harga tetap RM1.00 seunit yang membolehkan anda sebagai seorang pelabur Bumiputera menyertai pemilikan aset hartanah dan memberi aliran pendapatan secara tetap. Baca kelebihannya di SINI.
Rahsia Unit Amanah - Nak Tahu Cara Terbaik Menambahkan Duit Menerusi Unit Amanah? Klik Sini.
Ok, berbalik pada agihan pendapatan AHB sebanyak RM3.10 sen seunit untuk tahun kewangan 6 bulan kedua berakhir September 2017.

Agihan Pendapatan Penuh 2017 - RM6.20 sen Seunit

Dengan ini, jumlah agihan pendapatan atau dividen bagi tahun kewangan penuh berakhir 30 Sept, 2017 adalah 6.20 sen seunit yang ditanda aras berdasarkan prestasi 12 bulan Akaun Deposit-i Tetap Maybank Islamic Bhd.

Agihan pendapatan akhir AHB ini adalah dikecualikan cukai dan alhamdulilah telah dizakatkan yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemegang unit pada 16 Okt, 2017.

Bagi Skim Pelaburan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula, menurut laporan yang diumumkan oleh pihak berkenaan, ia akan dikreditkan terus ke dalam Akaun 1 KWSP.
Amanah Hartanah Bumiputera Dividen 2017

Jika anda belum ada akaun pelaburan AHB, maka boleh mula melabur sekarang, kerana baru-baru ini ... Perdana Menteri ada umumkan penambahan 500 juta unit AHB untuk pelabur bumiputera samada untuk mula melabur atau menambah pelaburan.


Kena cepat kerana kuota ini terhad dan memang ramai yang akan ambil peluang untuk melabur dalam AHB. Ramai dah teruja dengan kadar pulangan keuntungan atau dividen tinggi AHB ni.

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Alhamdulillah. Boleh buat simpanan untuk hari depan

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Menarik, in shaa Allah akan mula melabur minggu depan..
    Saya memang suka melabur di Unit Trust..
    Semoga terus istiqomah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni memang menarik. Saya antara terawal buat pelaburan dalam AHB.

      Padam
  4. peluang yang sangat bagus bagi mereka yang duit..

    ada duit boleh dikembangkan dalam pelaburan AHB..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penambahan saham cuma RM100 je. Nak bukan pun dah boleh hanya rm100, dulu Rm1000 tu.

      Padam
  5. Sesuai untuk diversifikasi. Selain simpan tempat - tempat yang dah biasa. Cuba dulu yang ini.

    BalasPadam
  6. cemana nk semah ahb dlm maybank2u? tak jumpa plak

    BalasPadam
  7. tidak paham kadar pulangan dividen. contoh sy melabur rm1000 dividen dalam masa 6 bln berapa sy dpt?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut keuntungan pada enam bulan pertama, dan kemudian pada enam bulan kedua. Jadi rm1000 tu akan dpt dua kali la "dividen" ni, ikut peratus yg diumumkan.

      Jadi, dua kali la akan dpt dividen dlm akaun bank.. Bkn akaun pelaburan ya.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement