Pencarian kerja di rumah semakin popular sekarang. Ia adalah antara sumber untuk menambah kewangan. Kebanyakan kerja di rumah melibatkan penggunaan komputer dan juga internet. Tidak seperti 10 tahun dahulu, sekarang sudah ada bermacam-macam dan pelbagai kerja di rumah yang boleh dilakukan.

Kerja di rumah adalah jenis pekerjaan yang amat popular pada zaman sekarang dek kerana kemajuan teknologi internet. Anda boleh bekerja dari mana - mana negara dan bekerja untuk syarikat dari seluruh dunia. Ia adalah peluang mendapatkan income tanpa had, tanpa sempadan ... paling penting anda tidak terikat dengan syarat atau peraturan yang ketat.

Carian Kerja di Rumah Popular

Carian Kerja di Rumah Popular
Populariti carian kerja di rumah ini semakin meningkat kerana ramai yang mahu menambah pendapatan sedia-ada. Dalam keadaan ekonomi sekarang, apa sahaja peluang untuk jana income pasti akan direbut oleh ramai orang. Bukan setakat di Malaysia, malah serata dunia mencari peluang untuk kerja di rumah yang lebih fleksibel.
Carian Kerja di Rumah Popular
Dari mana datangnya peluang untuk melakukan kerja di rumah ini?

Kelebihan Kerja di Rumah

Ok, secara amnya ia boleh datang dari individu bekerjaya seperti usahawan online dan juga syarikat-syarikat yang mahu mengurangkan kos pengambilan pekerja tetap. Apa kelebihan buat mereka? Apa pula kelebihan kepada anda?

Kelebihan Untuk Syarikat

  1. Mengaji pekerja di rumah adalah lebih menjimatkan kos berbanding pekerja tetap.
  2. Syarikat juga mempunyai lebih banyak pilihan untuk mengaji pekerja yang berkualiti dari seluruh dunia, berbeza dengan pekerja tetap yang terhad dalam kawasan mereka beroperasi sahaja.
  3. Pekerja di rumah juga tidak perlu disediakan faedah seperti pekerja tetap iaitu cuti sakit, efp, socso dan lain - lain. Pekerja di rumah adalah pekerja bebas (freelance) dan upah dibayar mengikut tugasan yang diselesaikan.

Kelebihan Untuk Anda

  1. Anda boleh bekerja pada bila - bila masa di mana sahaja. Lebih banyak masa dengan keluarga dan tidak terikat dengan mana - mana syarikat. Pendapatan juga anda tentukan sendiri, lebih rajin anda mendapatkan projek baru lebih banyak pendapatan anda.
  2. Sesetengah pekerja di rumah sepenuh masa menjana ratusan ribu setahun dan ada banyak masa untuk melakukan aktiviti kegemaran mereka.

Jenis Pekerjaan Di Rumah

Ada banyak pekerjaan di rumah yang boleh anda buat. Dari yang mudah seperti data entry hingga yang memerlukan kemahiran tinggi seperti programmer. Yang penting kemahiran yang anda ada boleh menjadi kekuatan untuk anda mendapatkan kerja di rumah ini.

Dek kerana saingan yang tinggi dalam pencarian kerja di rumah ini, maka untuk meningkatkan peluang mendapatkan kerja yang ditawarkan, mesti ada skill-skill yang khusus dan istimewa yang membezakan anda dengan pencari kerja di rumah yang lain.

Tapi terdapat 2 jenis pekerjaan di rumah iaitu bekerja di rumah dan berniaga di rumah. Aha .. jangan keliru ye .. anda perlu faham mengenai dua jenis kerja ini. Walaupun kedua - dua boleh di lakukan di rumah tapi ada sedikit perbezaan antara bekerja dan berniaga di rumah.

Beza Bekerja di Rumah vs Berniaga di Rumah

Bekerja di rumah

Contoh Kerja di Rumah Dibayar Upah
Anda di bayar untuk menyelesaikan tugasan bagi pihak syarikat atau individu yang mengaji anda, seperti contoh ditunjukkan di atas. Ia sama seperti kerja biasa, yang berbeza adalah kerja ini boleh di lakukan dari rumah dan tidak perlu datang ke pejabat. Sistem gaji adalah sistem upah.

Sistem upah pula mengikut tugasan atau jumlah jam beberja. Namun paling biasa bayaran upah adalah mengikut tugasan yang diselesaikan. Selesai tugasan, baru anda akan dapat upah anda.

Berniaga di rumah

Keuntungan dijana melalui jualan produk atau perkhidmatan anda sendiri atau komisen daripada syarikat yang mengambil anda sebagai agen bebas. Tidak seperti bekerja di rumah, pendapatan anda bergantung kepada hasil jualan produk atau perkhidmatan terus kepada pelangan.

Ini bermakna, anda perlu kerja keras dalam memastikan produk dapat dijual. Tanpa jualan, maka tiadalah pendapatan anda.

Sekarang anda dah tahu, bahawa terdapat dua jenis carian kerja di rumah yang popular iaitu bekerja di rumah itu sendiri dan berniaga di rumah. Harapnya anda dah faham akan beza keduanya ini.

Seandainya anda mencari peluang untuk mendapatkan kerja di rumah, bolehlah mendaftar menerusi Jobdirumah. Menerusi portal tersebut, anda akan diberitahu secara lebih terperinci tentang bagaimana nak mendapatkan kerja-kerja kosong yang boleh dilakukan di rumah ini.

Berminat? Terus klik pautan ini - http://bit.do/kerjadirumahterkini

Ini mungkin peluang untuk anda menambah pendapatan sedia-ada dengan kemahiran yang anda ada.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. dengan keadaan ekonomi sekarang ni..dgn perbehentian yg berlaku..kalau boleh buat kerja dari rumah lagi bagus kot tapi kena pandai dan sabar..

    BalasPadam
  2. Yupp keadaan ekonomi sekarang, dan masalah sosial zaman sekarang ni menyebabkan banyak ibu bekerja memilih jalan untuk bekerja dari rumah, dengan buat bisness atas talian .. secara tak langsung boleh meningkatkan pendapatan, di samping dapat membesarkan anak2 di depan mata...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement