Zaman ini, ramai yang dah nampak kelebihan yang ada di laman sosial Facebook. Kelebihan yang saya maksudkan ialah untuk menjual produk secara online. Menerusi Facebook, anda boleh jual apa sahaja termasuklah baju dalam pre-loved .. hahahaha....
8 Langkah Untuk Lonjakkan Jualan Menerusi Fanpage
Orait, langkah-langkah ini sebenarnya hasil perkongsian oleh saudara Nigel Ong. Kalau anda seorang yang sudah biasa dengan bisnes TaoBao .. mungkin kenal nama tersebut. Beliau antara yang berjaya dalam bisnes secara online ni.Dalam ebook terbaru yang ditulis oleh Nigel, ada diberikan secara detail mengenai 8 langkah untuk melonjakkan jualan menerusi Fanpage ini. Anda boleh dapatkan di sini - Fanpage Superstar
Tetapi secara ringkasnya adalah ...
Langkah 1 - Produk Apakah Yang Harus Dijual?
Perkara pertama yang perlu anda fikirkan ialah tentang produk. Apakah produk yang mahu dan harus anda jual? Apakah manfaat produk tersebut? Apakah masalah yang ia dapat selesaikan? Nigel akan bantu anda fikirkan produk apa yang sesuai untuk anda jual secara online! Bukan sekadar 1 produk.. tetapi beliau bersama anda akan fikirkan produk-produk yang "berantai".Namun begitu, jika anda sudah mempunyai produk sendiri yang mahu dijual, anda mungkin boleh abaikan langkah ini.
Langkah 2 - Nak Jual Pada Siapa?
Ini adalah langkah yang paling kritikal! Jika anda tidak tahu siapa pelanggan anda, anda akan amat sukar untuk menjual produk anda. Jadi, pada langkah ini, Nigel akan bimbing anda bagaimana untuk mengenalpasti dengan tepat, siapakah bakal pelanggan anda?Langkah 3 - Cara Bina Facebook Fanpage
Pada langkah ini Nigel akan tunjukkan secara step-by-step bagaimana untuk membina fanpage. Bukan sekadar fanpage biasa-biasa.. tetapi fanpage yang kelihatan profesional dan mempunyai kadar engagement yang tinggi.Ada 3 setting yang sangat penting apabila anda membina sesebuah fanpage. Nigel akan tunjukkan di dalam panduan tersebut kepada anda apakah setting tersebut dan bagaimana untuk melakukannya.
Langkah 4 - Menjana Likes
Mahu atau tidak, mempunyai sebilangan like adalah sangat penting sebagai "first impression" orang ramai terhadap fanpage anda. Jadi, Nigel akan tunjukkan kepada anda, bagaimana anda boleh membina & mengumpul like yang banyak dengan pantas!Apa yang lebih penting, ianya bukanlah "like sampah", tetapi ditunjukkan kepada anda bagaimana untuk mengumpul like yang berkualiti tinggi yang benar-benar mempunyai minat dengan produk jualan anda!
Langkah 5 - Post dan Engagement
Ramai pemilik fanpage yang pening dan tiada idea tentang apa yang mahu di tulis atau di post pada fanpage mereka!Kadang mereka kerap juga tulis, tapi semuanya bosan dan boring .. asyik benda sama je ..
Jadi, pada langkah ini, panduan ini akan tunjukkan anda 5 jenis post yang akan dapat menjadikan fanpage anda kelihatan menarik dan sekaligus mencipta engagement yang baik dengan follower-follower fanpage anda. Langkah ini penting untuk membina kepercayaan antara anda dan follower anda. Sebabnya... kebanyakkan orang selalunya lebih mudah membeli dengan orang yang mereka kenal dan percaya berbanding orang yang tidak dikenali.
Langkah 6 - Teknik Naikkan Likes 10x-100x Ganda
Pada langkah ini, Nigel akan tunjukkan anda bagaimana untuk menaikkan like anda antara 10X hingga 100X ganda dari jumlah like fanpage yang anda sedia ada.Ianya sangat penting untuk membolehkan anda mendapatkan jualan yang lebih banyak. Lebih banyak like yang anda miliki, bermakna lebih banyak bilangan prospek anda. Semakin banyak prospek anda, maka, semakin banyaklah kadar jualan yang boleh anda hasilkan! Tak ke best tu??
Langkah 7 - Iklan dan Letupkan Jualan
Pada langkah ini, Nigel tunjukkan anda bagaimana untuk membuat post iklan yang mampu menarik perhatian follower-follower anda untuk membeli!Ada 3 format post iklan yang boleh ditunjukkan oleh Nigel dalam panduan ini yang boleh anda gunakan! Iaitu... APSDA, ADSA atau ATSA! Nak tahu lebih detail, boleh terus ketahuinya di sini - Fanpage Superstar
Setelah anda membuat post iklan, anda perlu lakukan split testing. Apakah yang perlu di "split" dan di "testing"kan? Berapa lama perlu buat split testing? Semuanya akan ditunjukkan oleh Nigel.
Langkah 8 - Close Sale
Langkah terakhir adalah langkah membuat jualan! Untuk langkah terakhir ini ada 6 fasa yang perlu anda lakukan untuk memastikan anda berjaya membuat jualan.Apa yang menariknya, dalam langkah ini, Nigel bukan sekadar tunjukkan anda untuk menjual 1 unit produk anda kepada 1 pelanggan.. tetapi, bagaimana untuk menjual lebih dari 1 produk anda kepada pelanggan dan mereka berasa sangat gembira membelinya!
Jadi? Bagaimana? Menarik tak?
Apa yang saya kongsikan di atas adalah intipati apa yang ada di dalam panduan yang disediakan Nigel. Ia berdasarkan pengalaman beliau, jadi tidak perlu sangsi pasal kredibiliti...
Anda boleh tengok bukti-bukti yang diberikan di laman web Fanpage Superstar tu.
Semoga bermanfaat.
Siapa yang lebih berilmu akan berjaya
BalasPadamtq atas ilmu yg bermanfaat ni
BalasPadamwah,,nice sharing bagus ni tambah ilmu
BalasPadamSatu perkongsian yang menarik. Mungkin boleh dicuba oleh peniaga yang baru menceburkan diri dalam dunia perniagaan internet.
BalasPadamwahh..nice sharing HH
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.