Alhamdulillah, dalam senyap-senyap saya offer nak berikan duit raya kepada pengunjung dan pembaca bertuah blog saya ni. Caranya cukup mudah, hanya perlu berikan komen sekerap mungkin pada mana-mana post dalam blog ini, dan in Sha Allah, akan terima duit raya daripada saya.

Saya sudah pun ada empat nama bertuah untuk diberikan duit raya khas ini, khusus sempena Ramadan dan Raya 2017. Mereka berdua ini telah berjaya dipilih kerana kerap komen pada post-post saya dalam bulan Ramadan ini, terutama dalam tempoh kontest tersebut berlansung (tamat 20 Jun 2017).

Tahniah Empat Pengomen Bertuah Dapat Duit Raya

Saya terlebih dahulu nak ucapkan tahniah kepada mereka kerana berjaya menerima duit raya yang akan saya berikan nanti. Duit raya pertama adalah bernilai RM50, dan duit raya kedua bernilai RM30. Dan saya akan berikan juga duit raya saguhati sebanyak RM10 untuk dua orang pengomen bertuah.

Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada mereka kerana masih sudi singgah dan baca blog saya. Paling saya hargai ialah komen-komen yang telah ditinggalkan dalam blog post saya. Terima kasih banyak-banyak kerana input dan komen anda memberitahu bahawa blog post saya dibaca dan difahami.

Saya bukannya apa, kadangkala risau juga bila blog post saya sendu dengan komen. Tertanya juga samada ia dibaca atau tidak. Apabila ada komen, maka saya anggap bahawa .."oh ada orang baca dari awal sampai habis .."

Saya perlukan input begini supaya ia boleh berikan saya idea dan semangat untuk terus berkongsi cerita dan pengalaman, terutama sebagai seorang blogger sepenuh masa, kerja dari rumah sebagai house husband, dan jana income secara online.

Tetapi, saya tidak nafikan .. ada juga pengunjung dan pembaca setia yang tidak berupaya nak berikan komen terhadap setiap post yang saya tulis di blog ini. In Sha Allah, di lain waktu saya buka satu segmen atau kontest untuk berikan sesuatu kepada pengunjung dan pembaca blog saya yang lain.

Tahniah Pada Empat Nama Berikut ...

Untuk penerima duit raya RM50, saya sukacita nak berikan kepada rakan blogger tuan +mrhanafi . Banyak komen yang diberikan oleh Mr Hanafi sepanjang bulan Ramadan ini. Terima kasih dan alhamdulillah.

Untuk penerima duit raya RM30, saya sukacita nak berikan kepada rakan blogger +sya mimie yang sejak baru-baru ini bertalu-talu meninggalkan komen di beberapa blog post saya. Terima kasih dan alhamdulillah.

Untuk penerima duit raya seterusnya, iaitu sebanyak RM10 untuk dua orang, saya sukacita nak berikan kepada +Nurzakiah Hanum dan juga +Syuhada Salleh .... (link mereka tak aktif ni sebab tak follow Google Profile saya ni .. ).

Sekali lagi tahniah, terima kasih dan alhamdulillah untuk semua yang berjaya menerima duit raya yang telah saya sediakan untuk Ramadan Raya 2017.

Kepada yang berjaya, saya akan hubungi anda tidak lama lagi untuk proses kemasukan duit raya ke dalam akaun anda. Jika tak ada maklum sebelum berakhirnya Syawal, mohon hubungi saya menerusi email ye atau PM di Facebook.

Untuk info semua, blog saya sudah pun melepasi jumlah trafik sepanjang zaman sebanyak 24 juta pageviews (pv) dalam bulan Ramadan 2017. Syukur alhamdulillah, sekali lagi terima kasih kepada semua yang terus berikan sokongan kepada blog ini.


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Asslmkm Sifu HH..
    Allah, tak sangka pula sy terpilih.
    Terima kasih sngt2 kerana pilih..
    Sy sebelum ni tak sempat nk BW. Baru2 ni je baru nak cuba BW balik.
    Suka baca entri2 bro HH. Menarik. Jalan cerita pun senang nk difahami. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sbb terus support blog saya. Ini sahaja cara yang saya fkir sesuai nak hargai pembaca blog. Tahniah ye. Duit raya saya dah transfer.

      Padam
  2. Alhamdulillah..dpt duit raya..mekasih bro HH!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada kontek di FB untuk nombor akaun.

      Padam
    2. Alhamdulillah, dah slmt terima..

      http://www.syuhadasalleh.com/2017/07/05/rezeki-blog-julai-2017-menang-cash-daripada-emas-putih-dan-hasrul-hassan/

      Padam
  3. Tahniah kepada yang berjaya. Saya tertidur sepanjang bulan puasa ni sehingga lupa keadaan sekeliling. Tahun depan ada contest lagi tak? hehehe

    BalasPadam
  4. Terima kasih Bro HH

    Tak sangka pulak dapat.

    Saya memang suka bagi komen kat blog orang..

    Suka blogwalking

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement