Dugaan Raya Aida, sebuah iklan Hari Raya 2017 yang terbaik setakat ini. Saya suka tengok. Iklan Hari Raya 2017 daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) ini mengisahkan seorang wanita bernama Aida.

Aida seorang wanita bekerja di kota, punyai tanggungjawab besar terhadap keluarga terutama janjinya pada ibu dan adik-beradiknya yang mahukan persiapan hari raya yang best.

Filem Pendek Hari Raya 2017 Daripada TNB - Dugaan Raya Aida

Dugaan Raya Aida - TVC Raya TNB 2017
Iklan Hari Raya 2017 Daripada Tenaga Nasional
Inilah iklan Hari Raya 2017 yang berjaya mencuit hati saya. Kisah Aida ini banyak persamaan dengan realiti kehidupan mereka di ibu kota. Apatah lagi andai diri menjadi sandaran utama keluarga untuk menikmati suasana hari raya yang best.

Iklan raya ni cukup rasa semuanya. Ada dugaan, ada tawa, ada gembira, ada tension, ada stress, ada kelakar .. ada rasa sedih. Memang anda wajib tengoklah iklan raya TNB ni.


Bermula harapan, menjadi dugaan. Macam-macam yang perlu Aida tempuhi demi memenuhi permintaan keluarganya. Berjayakah dia?

Saya tak pasti samada iklan Hari Raya 2017 daripada TNB ini sudah disiarkan di TV semasa post ini ditulis, tetapi dari channel YouTube, ia telahpun ditonton hampir 100,000 kali sejak dimuat-naik sejak awal pagi tadi (14 Jun 2017).

Apa terjadi pada Aida?
  • Dapat lambakan kerja dekat-dekat nak raya - tak siap tak boleh cuti raya...
  • Dapat idea untuk tambah pendapatan untuk belanja Hari Raya
  • Adik nak baju macam Yuna, adik kecil nak baju macam Ramlah Ram, Jero si kucing nak baju angkasawan
  • Dapat balik kampung, tetapi ... tiket hancur dalam mesin basuh.
  • Guna FB minta tolong rakan-rakan untuk tumpang balik kampung ...
  • Dapat balik kampung, tapi .....

Jika anda belum tonton video iklan Hari Raya 2017 ni, boleh tonton versi penuh di bawah ni...

Video Penuh 'Dugaan Raya Aida' - Filem Pendek Hari Raya 2017 TNB 


Amacam? Ada di antara anda yang hadapi masalah sama macam Aida tak? Bagaimana anda setelkan permintaan keluarga anda di hari raya ni ye?

Enjoy tak filem pendek raya 2017 daripada TNB ni? Kalau enjoy, berilah sedikit Like ye .. hehehe

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement