Tips dan Panduan Adsense. Hari ini saya nak kongsikan 9 tips Adsense yang perlu anda ikut, terutama sekali untuk blog-blog dan blogger baru. Siapa yang masih belum mendapat akaun penuh Google Adsense, baca 9 tips Adsense ringkas ini sebelum anda apply untuk akaun penuh.

Tips Adsense yang diberikan ini adalah tips original daripada Google sendiri. Tiada olahan, semuanya direct sahaja.

9 Tips Adsense Ringkas

Saya syorkan anda ikut apa yang dinyatakan. Tips Adsense mudah bukan sekadar untuk menyenangkan anda memohon akaun penuh Adsense, tetapi juga untuk mengelakkan blog anda terkena penalti oleh pihak Adsense.

Ramai blogger dan juga blog yang dikenakan penalti oleh Adsense sehingga ada akaun Adsense yang dikenakan senarai-hitam dan tidak boleh keluarkan income yang terkumpul. Percayalah, ada blog yang berjaya capai income USD menerusi Adsense sehingga USD5,000 hingga USD10,000 sebulan tetapi akaun mereka kena beku dan tak boleh pindahkan perolehan yang ada ke dalam akaun bank.

Saya dah berikan banyak tips mengenai Adsense ini. Anda boleh cuba baca dan lakukan carian menerusi kotak 'Search' yang saya sediakan di dalam blog ini.

Ok, mari kita singkap 9 tips Adsense di bawah ...

Tips Adsense #1 - Dilarang sama sekali untuk klik iklan Adsense yang keluar di blog anda. Malah anda dilarang untuk arahkan pengunjung dan pembaca blog untuk klik iklan Adsense tersebut.
9 Tips Adsense
Tips Adsense #2 - Berfikiran sebagai pengguna internet. Tulis entri yang boleh berikan manfaat dan penyelesaian masalah kepada mereka yang mencari. Mudahkan mereka mencari info berkaitan di dalam blog anda. Banyak blog yang gagal dapat Adsense penuh kerana masalah navigasi, dan masalah sukar untuk pengunjung baca post anda yang lain.
9 Tips Adsense
Tips Adsense #3 - Jadikan blog anda selamat untuk semua peringkat umur. Perhatikan kandungan blog anda terutama yang terdahulu sebelum anda memohon akaun penuh Adsense. Pihak Adsense sangat prihatin dengan tajuk, kandungan, ayat, malah perkataan digunakan dalam penulisan entri blog anda. Jangan sesekali gunakan perkataan-perkataan yang dilarang - yang tidak sesuai dibaca oleh seorang kanak-kanak atau orang tua (ini prinsipnya).
9 Tips Adsense
Tips Adsense #4 - Kerap update dan tulis entri baru di dalam blog anda. Blog yang sering dikemaskini sangat disukai oleh Google. Ia menunjukkan bahawa blog anda aktif memberikan info bermanfaat pada pembaca. Dan cuba elakkan meletakkan iklan Adsense terlalu banyak dalam sesebuah page .. ia akan menyebabkan income blog menerusi Adsense jadi kurang baik.
Tips Adsense #5 - Elakkan menggunakan layout atau rekabentuk blog yang memungkin pengunjung dan pembaca tersilap klik iklan Adsense. Tidak dibenarkan meletakkan iklan Adsense terlalu hampir dengan imej yang boleh diklik. Kena jarakkan iklan Adsense dan iklan lain ..
Tips Adsense #6 - Elakkan rekabentuk blog yang 'menolak' kandungan blog ke bawah melebihi 'lipatan' pertama paparan blog anda. Contoh .. bila anda buka blog anda samada menerusi desktop atau peranti mudah-alih seperti smartphone, pastikan ia perlihatkan konten blog anda dahulu sebelum iklan keluar. Jika Adsense mengesannya, iklan mungkin tak akan muncul dan blog anda akan terima penalti kerana rekabentuk ini.
Tips Adsense #7 - Jangan duplikasi kandungan blog anda samada blog sendiri atau daripada blog orang lain. Google Adsense sangat marah kalau blog anda adalah sebuah blog copy-paste. Blog mungkin boleh dapat trafik tinggi, dan jana income USD Adsense yang banyak .. tapi awas, anda mungkin hadapi masalah bila nak keluarkan income itu nanti.
Tips Adsense #8 - Pastikan trafik blog anda secara keseluruhannya datang dari enjin carian. Jika anda melihat bahawa blog anda dapat trafik lebih tinggi dari sumber lain, contohnya seperti Facebook, Babab.net, Instagram atau yang seumpamanya .. cepat-cepat buat sesuatu untuk tingkatkan sumber trafik menerusi carian. Gunakan Google Analytics untuk pantau trafik blog anda.
Tips Adsense #9 - Jangan ubahsuai kod Adsense. Larangan keras kepada mana-mana blogger atau blog yang ubahsuai kod Adsense untuk dapatkan lebih banyak klik. Seringkali rujuk pada Adsense untuk tatacara betul meletakkan kod iklan Adsense dalam blog.

Begitulah 9 tips Adsense ringkas yang dapat saya kongsikan kepada anda. Gunakan tips ini untuk tingkatkan perolehan income USD Adsense anda.

Jika anda kurang faham, maka saya syorkan anda untuk dapatkan Panduan Adsense Dalam Bahasa Melayu yang ada dijual secara online. Panduan ini akan ajar anda bagaimana nak dapatkan akaun penuh Adsense, selain peluang lain untuk jana pendapatan menerusi blog.

Untuk info lebih mengenai panduan tersebut, boleh baca di sini - Panduan Adsense Bahasa Melayu Untuk Blogger Baru.

13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Tak ada masalah .. moga dapat dimanfaatkan sebaiknya

      Padam
  2. Balasan
    1. Sama-sama .. moga tips adsense ini dapat bantu lebih ramai rakan blogger tingkatkan income online menerusi iklan Adsense.

      Padam
  3. Terima kasih perkongsian dr HH..alhamdulillah sy sendiri pun baru di-approve akaun adsense..cuma ada pertanyaan ckit??
    pasal jgn klik iklan sendiri tu mmg sy fhm.
    setakat yg sy tahu iklan adsense juga adakalanya tak perlu pun org klik..cukup setakat iklan yg dilihat saje pun, dh dpt duit.
    Pertanyaan sy berkenaan admin sendiri..kan kita sbg admin perlu selalu adjust sini, adjust sana, ubah sini, ubah sana, edit ini, edit itu..dan ini mesti melibatkan banyak sgt kita klik pd 'preview' dahulu..secara tak langsung juga kita pasti akan banyak sekali melihat iklan2 sendiri..mmg lah kita tak klik iklan sendiri..tp camne plk dgn iklan yg cukup utk dilihat jer, dh boleh dpt duit..adakah mendatangkan apa2 masalah sbb melihat sendiri iklan2 jenis camtu??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekadar perkongsian bersama..
      google punya google, akhirnya sy menjumpai jawapan kpd persoalan sy sendiri..

      soalan : Can I view my own site without generating invalid impressions?

      jawapan : Yes, you're welcome to view your own pages without generating invalid impressions. Simply viewing your pages yourself will not jeopardise your good standing in the AdSense programme - however, please continue to avoid clicking on any ads, and don't reload your pages excessively. We take the issue of invalid clicks and page impressions very seriously and have a dedicated team of specialists, as well as automated systems, in place to flag and review any unusual activity.

      sumber : https://support.google.com/adsense/answer/1348754?hl=en-GB

      Padam
    2. Maaf saya lambat nak balas, memang itu pun saya nak jawab. Tak ada masalah nak view iklan sendiri. Samalah juga dengan mana-mana platform yang lain.

      Cuma jangan klik iklan sendiri, tapi leh je nak klik ... jgn sampai banyak sangat. Kalau iklan tu menarik perhatian kita, tak ada masalah.

      Padam
  4. Salam HH,

    Terima kasih atas perkongsian ini.

    Ada beberapa tips yang menarik perhatian saya dan salah satunya adalah tips yang ke #4 di mana kita perlu maximize content blog instead of ads per page. Saya ada mengguna iklan yang baru dari adsense iaitu "In feed article". Iklan itu berjaya muncul di blog tetapi apa yang meragui saya adalah jumlah iklan yang keluar dimana dibawah setiap artikel akan ada satu iklan. Adakah ianya betul atau salah dari segi peraturan adsense sebab saya menggunakan dan mengikut cara cara meletakkan iklan "in feed article" dari blog blog yang share tentang cara meletakkan iklan adsense.

    Terima kasih

    BalasPadam
  5. terima kasih tips ni HH.. cumanya sekarang masih takde apa-apa balasan dari permohonan Nurul.. huhuhu.. masih menunggu ~

    BalasPadam
  6. sangat informative.. tq HH.. mama memang byk kena belajar lagi ni

    BalasPadam
  7. salam. alhamdulillah. sy dpt sesuatu dr entri ini. terima kasih admin.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement