Apa itu Advertorial? Nampaknya masih ada blogger yang tidak tahu apa itu advertorial. Advertorial adalah salah satu dari punca income sesebuah blog. Menerusi penulisan berbentuk advertorial, seorang blogger boleh jana income menerusi blog sehingga RM1000 satu post atau satu entri. Gulp... biar betul dibayar sehingga RM1K untuk satu entri!

Ya, ada pengiklan dari syarikat besar yang sanggup bayar sehingga RM1000 untuk satu entri. Tak ramai blogger dedahkan benda ni. Tapi ia memang benar. Malah, blogger yang punyai pengaruh tertentu boleh mendapat bayaran lebih daripada itu. Bukan setakat wang tunai yang masuk ke akaun bank anda, ada pengiklan yang sediakan benda lain juga untuk menjayakan entri berbentuk advertorial tersebut. Dan antaranya ialah gajet, makanan percuma, produk percuma, penginapan di hotel percuma, tiket penerbangan dan macam-macam lagi.

Jana Income Blog Menerusi Penulisan Advertorial

Cara jana income blog menerusi advertorial
Tapi bukan mudah nak dapat, ada banyak perkara yang dilihat oleh pengiklan untuk membenarkan bayaran sehingga begitu tinggi untuk satu post. Sama juga dengan memberikan gajet, produk, tiket kapal terbang, penginapan percuma dan sebagainya ...... ada kriteria yang dipilih oleh pihak pengiklan bagi memilih blog dan blogger untuk membuat entri advertorial.

Saya boleh katakan ramai blogger yang dapat tawaran ini tidak mendedahkan nilai sebenar advertorial mereka. Yang banyak dedahkan ialah blogger-blogger kecil macam saya ni je .. sebabnya ialah untuk mendapat peluang dan membuktikan bahawa entri advertorial ditulis itu berkualiti dan ada kekuatan tersendiri.


Ada blogger yang cuma meletakkan harga penulisan berbentuk advertorial ini serendah RM50 untuk satu post. Dan ada blogger yang letakkan harga antara RM100-RM300 untuk satu post. Tidak kurang juga yang letakkan harga sehingga RM500 untuk satu post. Ia antara cara jana income blog yang lumayan.

Dan seperti awal saya katakan, nak letak harga advertorial bukan main suka-suka letak. Anda perlu melihat dan menilai kekuatan blog anda. Bolehkah entri advertorial yang anda tulis beri impak kepada pengiklan. Bolehkah ia menjual sekiranya ia berkaitan produk? Bolehkah ia mendapat pelanggan sekiranya ia berkaitan jenama atau servis?

Apa Itu Advertorial?

Jika anda kali pertama mendengar perkataan advertorial, ini adalah sedikit penerangan tentang maksud advertorial dan kegunaan. Advertorial adalah daripada perkataan Advertising dan Editorial. Ia adalah kombinasi pengiklanan dalam bentuk editorial.

Kebanyakan advertorial di internet adalah melalui laman blog, di mana pemilik atau penulis blog akan menulis review untuk produk, perkhidmatan, laman web atau apa sahaja yang diminta oleh pengiklan.


Sebagai balasan pengiklan akan membayar sejumlah wang sebagai pertukaran bagi khidmat menulis ulasan tentang mereka. Blogger yang berjaya, menjana ribuan ringgit setiap bulan dengan hanya menulis ulasan untuk pengiklan di laman blog mereka sendiri.

Perkataan advertorial di gunakan apabila review tersebut adalah ditaja atau dibayar, jika ia review tanpa bayaran ia tidak di sebut sebagai advertorial, tetapi lebih kepada menggunakan perkataan review.

Telah Lama Wujud

Teknik pengiklanan begini telah lama wujub dan amat berkesan kepada pengiklan. Sama ada anda sedar atau tidak, setiap hari anda di hidangkan dengan advertorial melalui kaca TV, akhbar, majalah, blog dan lain – lain saluran media.


Anda harus ingat, sekali anda menulis, anda akan berikan kelebihan dan keuntungan buat pengiklan dalam jangkamasa panjang menerusi entri advertorial anda.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. memang suka dengar blogger yang dapat tajaan melancong percuma, menginap di hotel secara percuma dan yang lebih best, jana income dari blog. :)

    BalasPadam
  2. yang tak bape best..cerita daripada blogger tu sendiri kekadang dah takde dah..sebab kekadang info pun copy paste je daripada apa yang diberikan oleh advertiser.

    bila tengok 3 atau 5 post awal je dari jiwa blogger tu, lepas tu semuanya info produk dan juga laporan pegi event..nak komen pun takde rasa nak komen gitu..:D

    BalasPadam
  3. best kan dpt jana income dari blog.. takpe, sy percaya rezeki sy akan dtg nnti hikhikhik

    BalasPadam
  4. kadang2 geram jugak mereka yg letak harga terlalu rendah. buat pengiklan suka bandingkan harga kita dgn blogger lain

    BalasPadam
  5. Memang seronok bila dapat menjana pendapatan melalui blog.

    BalasPadam
  6. Entri ni sangat bagus untuk blogger yang selalu ketandusan idea. Bila baca penulisan ni rasa bersemangat semula.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement