Ya, ada pengiklan dari syarikat besar yang sanggup bayar sehingga RM1000 untuk satu entri. Tak ramai blogger dedahkan benda ni. Tapi ia memang benar. Malah, blogger yang punyai pengaruh tertentu boleh mendapat bayaran lebih daripada itu. Bukan setakat wang tunai yang masuk ke akaun bank anda, ada pengiklan yang sediakan benda lain juga untuk menjayakan entri berbentuk advertorial tersebut. Dan antaranya ialah gajet, makanan percuma, produk percuma, penginapan di hotel percuma, tiket penerbangan dan macam-macam lagi.
Jana Income Blog Menerusi Penulisan Advertorial

Saya boleh katakan ramai blogger yang dapat tawaran ini tidak mendedahkan nilai sebenar advertorial mereka. Yang banyak dedahkan ialah blogger-blogger kecil macam saya ni je .. sebabnya ialah untuk mendapat peluang dan membuktikan bahawa entri advertorial ditulis itu berkualiti dan ada kekuatan tersendiri.
Ada blogger yang cuma meletakkan harga penulisan berbentuk advertorial ini serendah RM50 untuk satu post. Dan ada blogger yang letakkan harga antara RM100-RM300 untuk satu post. Tidak kurang juga yang letakkan harga sehingga RM500 untuk satu post. Ia antara cara jana income blog yang lumayan.
Dan seperti awal saya katakan, nak letak harga advertorial bukan main suka-suka letak. Anda perlu melihat dan menilai kekuatan blog anda. Bolehkah entri advertorial yang anda tulis beri impak kepada pengiklan. Bolehkah ia menjual sekiranya ia berkaitan produk? Bolehkah ia mendapat pelanggan sekiranya ia berkaitan jenama atau servis?
Apa Itu Advertorial?
Jika anda kali pertama mendengar perkataan advertorial, ini adalah sedikit penerangan tentang maksud advertorial dan kegunaan. Advertorial adalah daripada perkataan Advertising dan Editorial. Ia adalah kombinasi pengiklanan dalam bentuk editorial.Kebanyakan advertorial di internet adalah melalui laman blog, di mana pemilik atau penulis blog akan menulis review untuk produk, perkhidmatan, laman web atau apa sahaja yang diminta oleh pengiklan.
Sebagai balasan pengiklan akan membayar sejumlah wang sebagai pertukaran bagi khidmat menulis ulasan tentang mereka. Blogger yang berjaya, menjana ribuan ringgit setiap bulan dengan hanya menulis ulasan untuk pengiklan di laman blog mereka sendiri.
Perkataan advertorial di gunakan apabila review tersebut adalah ditaja atau dibayar, jika ia review tanpa bayaran ia tidak di sebut sebagai advertorial, tetapi lebih kepada menggunakan perkataan review.
Telah Lama Wujud
Teknik pengiklanan begini telah lama wujub dan amat berkesan kepada pengiklan. Sama ada anda sedar atau tidak, setiap hari anda di hidangkan dengan advertorial melalui kaca TV, akhbar, majalah, blog dan lain – lain saluran media.Anda harus ingat, sekali anda menulis, anda akan berikan kelebihan dan keuntungan buat pengiklan dalam jangkamasa panjang menerusi entri advertorial anda.
memang suka dengar blogger yang dapat tajaan melancong percuma, menginap di hotel secara percuma dan yang lebih best, jana income dari blog. :)
BalasPadamyang tak bape best..cerita daripada blogger tu sendiri kekadang dah takde dah..sebab kekadang info pun copy paste je daripada apa yang diberikan oleh advertiser.
BalasPadambila tengok 3 atau 5 post awal je dari jiwa blogger tu, lepas tu semuanya info produk dan juga laporan pegi event..nak komen pun takde rasa nak komen gitu..:D
Hahahhhahaa deep...
Padambest kan dpt jana income dari blog.. takpe, sy percaya rezeki sy akan dtg nnti hikhikhik
BalasPadamkadang2 geram jugak mereka yg letak harga terlalu rendah. buat pengiklan suka bandingkan harga kita dgn blogger lain
BalasPadamMemang seronok bila dapat menjana pendapatan melalui blog.
BalasPadamEntri ni sangat bagus untuk blogger yang selalu ketandusan idea. Bila baca penulisan ni rasa bersemangat semula.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.