Jika anda pernah baca post sebelum ini tentang harijadi kedua-dua anak saya, Maira dan Zikri, tentu anda perasan akan kek unik daripada Kobis Bunga ni. Alaaa ... kek yang ada patung princess dengan bentuk kereta tu ... huhu.
300 Kek Cantik Kobis Bunga Bantu Pertubuhan Rumah Kita
Bagus betul apa yang dilakukan oleh pihak Kobis Bunga buat jualan amal 300 kek yang pelbagai bentuk dan perisa ni. Saya pun respectlah .. dan sambutan yang diberikan memang hebat. Seawal jam 9:00 pagi, perkarangan kedai kek ini dah penuh dengan orang ramai yang mahu beli kek dengan harga RM20 sebiji.Kalau ikutkan harga sebenar kek yang dijual untuk amal ini adalah antara RM25 hingga RM35. Jadi, apabila kek-kek cantik dengan watak kartun dijual dengan harga RM20, ramailah pelanggan dan warga Parit Buntar serta sekitar yang hadir nak beli.
Menurut tuan punya kedai kek Kobis Bunga, Puan Norul Syafinas Abu Bakar, 100% jualan kek akan terus disalurkan kepada Pertubuhan Rumah Kita. Untuk info, pertubuhan dimaksudkan melindungi lebih 30 ibu muda yang ter___ dan anak-anak tidak sah taraf yang kini ditempatkan di Cheras, Selangor.
Dan sebagai menyokong apa yang diusahakan oleh Kobis Bunga, isteri saya telah membeli sebiji kek Princess dengan harga RM20 seperti diiklankan.
Saya ada kongsikan di group FB ... ramai juga yang nak datang tapi terlambat sebab 300 kek untuk jualan amal ini habis sebelum jam 12 tghari lagi. Memang betul-betul mendapat sambutan hangat ... kalau ikutkan program penjualan kek amal untuk bantu Pertubuhan Rumah Kita ni berakhir jam 1:00 petang.
[Klik Sini Untuk Panduan Buat dan Hasilkan Kek Cheese Meleleh
Tengok gambar kek-kek cantik untuk tujuan jualan amal di bawah ni .. cantik kannn ....
Selain kek, ada juga benda lain dijual oleh rakan-rakan niaga Kobis Bunga antaranya lampin pakai buang jenama terkenal, selain kuih-muih dan beberapa barangan lain. Program murni ini turut mendapat kerjasama daripada jabatan kerajaan sekitar Parit Buntar dan juga sukarelawan.
Klik Sini Untuk Dapatkan CD Cara Bisnes Bakeri serta Resepi Terbaik Laku Keras
Saya ucapkan tahniah pada kedai kek ni .. semoga rezeki akan bertambah melimpah ruah dan diberkati, terutama kepada pemilik Kobis Bunga yang merupakan antara usahawan wanita berjaya di Parit Buntar.
Inilah yang dikatakan formula rezeki berkat dan berpanjangan .. in Sha Allah.
Kredit Gambar: FB Puan Syafinas
cantik2, macam tak caya harga cuma rm20
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.