Rajin pula saya nak tulis mengenai panduan dan tips Adsense ni. Bukan apa, ramai betul yang tanya saya, ada yang hantar email, ada yang whatsApp, ada yang private message di FB, malah ada yang lebih berahi .. ehh berani .. telefon saya untuk tanya mengenai Adsense. Topik paling popular tentang Adsense ialah bagaimana nak optimasikan income dari Adsense ini.

Sebelum saya nak cerita panjang lebar dan berikan tips paling hangat mengenai Adsense ini, seeloknya saya buat penafian terlebih dahulu... hehehe. Ok, saya bukanlah Sifu Adsense, dan saya juga bukan pakar. Tetapi, saya ada beberapa pengalaman, selain perkongsian daripada blogger-blogger underground yang berjaya buat income puluhan ribu ringgit menerusi Adsense ini. Mereka mahu kekal underground tetapi ada niat untuk berkongsi cara dan teknik mereka secara percuma.

Cara Mudah Optimasikan Income Adsense

Tips yang saya nak berikan ini adalah tips atau panduan Adsense paling mudah dan sebenarnya anda boleh dapat jika anda rajin godek halaman Adsense itu sendiri.
Cara Mudah Optimasikan Income Adsense

Jika anda mahu income Adsense anda bertambah menjadi lebih baik dari semasa ke semasa, anda seharusnya bereksperimen dengan tataletak iklan Adsense anda. Contohnya anda sudah wujudkan satu iklan jenis responsive. Gunakan satu kod ini untuk bereksperimen dengan tataletak iklan Adsense di dalam blog.
[Baca] Tips Adsense - Cara Letak Iklan Yang Betul 
Katakan untuk bulan Januari, anda letakkan iklan Adsense tersebut di bawah header blog anda ... kemudian di bulan Februari, anda letakkan iklan anda tersebut di atas post pula. Lihat dan bandingkan income yang anda dapat. Mana yang dapat lebih, so gunakan terus di blog anda.

Simple je kan?

Anda tengok dashboard Adsense saya di atas, tentu terkejut kenapa banyak sangat kod Adsense yang saya wujudkan. Setiap kod Adsense ini unik dengan jenisnya, terutama dari segi warna paparan iklan. Saya ada beberapa blog lain, jadi saya bereksperimen banyak dengan Adsense.

Tapi untuk yang baru nak kenal Adsense, dan tak mahu pening-pening .. boleh berpandukan hanya tips asalan tadi.

Malas Nak Buat Eksperimen?

Atau paling-paling mudah adalah ..

Anda refer je pada bahagian Optimisation yang ada di dashboard Adsense anda seperti ditunjukkan di bawah ini:
Cara Mudah Optimasikan Income Adsense

Anda nampak tak Opportunities ...  Adsense akan bantu anda untuk optimasikan iklan Adsense yang telah tersedia terpasang di blog anda.

Lihat apa saranan Adsense kepada iklan Adsense saya ... "Make sure that your ads are seen" ... ia merujuk pada salah satu iklan Adsense yang berada di blog saya yang lain.

Anda hanya perlu klik bahagian tersebut, dan ia akan memberitahu apa yang perlu anda lakukan untuk membolehkan blog anda memaparkan iklan Adsense seperti sepatutnya.

Contoh .. bila saya klik bahagian tersebut, ini saranan daripada Adsense:


  1. Some of your ad units are only being seen a fraction of the time. Advertisers want their ads appearing in the most "viewable" positions. By making your ad unit more viewable, you're likely to increase your revenue and be of more interest to advertisers.
  2. Consider placing ads at the bottom of a screen, right above the fold.
  3. The most viewable ad sizes are vertical units, as they stay on screen longer as users browse.Use a fast, responsive web design, plus responsive ad units, to ensure that your ads stay visible no matter the device.

Ehemm .... so dah nampak apa yang perlu diperbaiki untuk iklan tersebut. Anda rasa tak faham, anda guna je Google Translate ... apa ada hal ... :)

Lakukan saranan yang diberikan.

Beginilah cara saya dan ramai blogger lain dapat income USD yang agak baik menerusi Adsense. Adsense akan bantu anda untuk peroleh income yang tinggi sebab bukan duit mereka pun yang akan bayar anda, ia adalah duit dari pengiklan-pengiklan ..  dan Adsense mahu anda paparkan iklan-iklan itu supaya dapat situasi win-win ...

Selamat mencuba.

Cara ini hanya sah untuk mereka yang ada akaun penuh Adsense. Tak tahu apa itu full account Adsense, dapatkan panduan Adsense berbahasa Melayu berikut dengan harga promosi RM80 -



2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement