Ada yang pandang sebelah mata kerjaya sebagai jururawat ini. Walhal, ia merupakan kerjaya yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam mana-mana sektor. Anda lihat sendiri betapa banyak hospital yang ada di Malaysia, dan lihat betapa banyak hospital swasta dan hospital pakar yang memerlukan khidmat seorang jururawat. Itu belum lagi dikira kerjaya ini di klinik-klinik.
Panduan Kerjaya Sebagai Jururawat
Kerjaya jururawat bersifat antarabangsa. Anda ada sijil, ada kelulusan dalam bidang kejururawatan dari institusi diiktiraf, anda boleh bekerja di mana sahaja, malah di luar negara.Gaji Sehingga RM20K Sebulan
Anda mungkin tidak tahu, ada kenalan saya seorang jururawat yang mendapat gaji sehingga RM15K-RM20K sebulan tidak termasuk elaun-elaun dengan menjadi seorang jururawat di sebuah hospital di Arab Saudi- paling menarik ialah ... kenalan saya itu seorang lelaki!Ya, kerjaya sebagai jururawat bukan hanya terhad untuk wanita, malah lelaki juga boleh menjadi seorang jururawat, dan permintaan untuk jawatan ini semakin tinggi di pasaran kerja sekarang. Mana tidaknya, gaji memang serius lumayan, itu sebab ramai lelaki sudah memilih kerjaya sebagai seorang jururawat - jangan malulah kalau suami seorang jururawat .. huhu .. sebab memang masyukkk!!
Gaji jururawat di Arab Saudi adalah berdasarkan gred yang bermula daripada gred satu sebanyak RM14,000 sebulan, gred dua (RM10,000) dan gred tiga (RM8,000). Jururawat dari Malaysia selalu diberikan gaji permulaan gred satu dan dua disebabkan kebolehan untuk berbahasa Inggeris. Malah untuk gred khas, gaji permulaan adalah RM25,000 sebulan.Pun begitu, gaji seorang jururawat di Malaysia pun boleh tahan. Lihat tangga gaji kerjaya seorang jururawat dalam sektor awam kerajaan di Malaysia di bawah ... belum masuk beberapa elaun khas untuk jururawat ... memang menarik sekali!
Tangga Gaji Jururawat di KKM
Kerjaya sebagai jururawat adalah satu kerjaya yang murni dan lumayan. Jika anda mahu tahu bagaimana nak mendapatkan atau memohon kerja sebagai seorang jururawat, maka panduan di bawah ini adalah untuk anda.Ebook Panduan Kerjaya Jururawat
Di dalam panduan ini, anda akan dapat tahu beberapa perkara utama berikut:- Permohonan Jururawat : Khas Untuk Lepasan SPM
- Permohonan Jururawat : Khas Untuk Lepasan Diploma
- Permohonan Jururawat : Mudahnya Memohon Di Hospital Swasta
- Panduan Pantas : Penulisan Resume Bakal Jururawat
- Temuduga Jururawat : Persediaan Penting Buat Bakal Jururawat2
- 9 Soalan Spesifik : Temuduga Jururawat
Anda boleh dapatkan menerusi pautan ini - Jururawat - PanduanMuat turun dan baca dari awal sehingga habis. Lepas tu, anda decide .. ikut saluran mana yang sesuai dengan latar pendidikan anda.
Saya doakan anda berjaya. Panduan ini untuk semua, jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain.
banyak berjasa
ReplyDeleteKerja murni yang bergaji lumayan ... !!
Deletekerja yang mulia :) yng penting ikhs bukan gaji smata2..hihihi
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.