Lokasi MAHA 2016 kali ini bertempat di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. Ia telah diadakan selama 11 hari bermula dari 1 Disember 2016. Tema MAHA kali ini ialah Our Food Our Future (Makanan Kita Masa Depan Kita).
MAHA 2016 Capai Rekod Tersendiri
MAHA 2016 kali ini dianggap paling berjaya sehingga berjaya merekodkan kehadiran tertinggi sejak ia mula diadakan, malah penyertaan daripada golongan belia juga turut melepasi sasaran 30 peratus. Dengan tema Our Food Our Future, fokus MAHA kali ini adalah untuk memberikan pengetahuan, awareness tentang sumber makanan di Malaysia, selain mempromosikan lebih banyak produk berkaitan AgroPelancongan (AgroTourism) serta Gaya Hidup Agro (Agro Lifstyle).Kejayaan besar pada MAHA 2016 kali ini dilihat kerana adanya pendekatan Agrotainment yang menarik minat golongan sasar lebih muda. Kewujudan Kampung Mok Cun, Kampung Durian Runtuh Upin Ipin serta festival muzik memberikan impak positif pada golongan yang sebelum ini tidak tahu mengenai MAHA.
Malah, karektor Upin dan Ipin menjadi maskot rasmi untuk MAHA 2016.
Selain strategi untuk menarik kehadiran golongan lebih muda, MAHA 2016 kekal menampilkan pelbagai saluran untuk perdagangan, pelaburan, kolaborasi dan pemindahan teknologi dalam bidang pertanian dan makanan. Pendekatan MAHA kali ini bersifat serampang lima mata merangkumi keselamatan dan kedaulatan makanan, rekreasi, pemerkayaan pengetahuan, pelancongan serta kesejahteraan.
[Fakta Penting MAHA2016]
- Rekod jumlah pengunjung paling ramai, 3.8 juta malah melebihi sasaran 3 juta pengunjung
- Jualan RM380 Juta dicatatkan
- 40 % belia terbabit
- Upin Ipin sebagai maskot
- Wujudnya Kampung Mok Cun dan Durian Runtuh Upin Ipin
- Ada pertandingan Lembu Sado
- Festival Muzik diperkenalkan
Memang agak rugi buat mereka yang punyai kesempatan untuk tidak pergi ke MAHA 2016 yang sudah melabuhkan tirainya pada 11 Disember yang lalu. Anda boleh tengok sendiri beberapa gambar yang ditampilkan dalam artikel ini. Memang wow!
Gambar MAHA 2016
Rata-rata yang pergi ke MAHA 2016 sangat berpuas-hati, malah ramai yang berasa gembira apabila diberikan layanan yang baik oleh petugas-petugas MAHA. Produk-produk yang dijual juga terbaik dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.Tahniah Pada Penganjur MAHA 2016
Mungkin akan datang, MAHA lebih meriah dan lebih besar. Pastinya ia akan menarik lebih ramai pengunjung setelah kejayaan besar pada MAHA 2016 kali ini. Tahniah pada pihak penganjur dan semua yang telah menjayakan MAHA 2016. Syabas!Untuk info, gambar MAHA - https://www.facebook.com/maha.gov.my/
fuhh terbaik wei MAHA kalini. aku pergi sekali je larat. nak hari ke 2 dah tak larat.
ReplyDeletememang tiap-tiap hari ramai
ReplyDeletesepjg di Maha 2016
Tu la .. teringin nak pergi. Mak saya pun dah ke MAHA sebelum ni. Macam2 cerita dia bawa .. dengar seronok emak bercerita pasal MAHA.
DeleteTahniah kepada penganjur yang berjaya mengadakan ekpo MAHA setiap dua tahun....
ReplyDeleteNanti lagi dua tahun akan jumpa Kambing Sado dengan itik Sado lak .. haha
Deletemeriah sungguh.. tahun lalu sempat pi... tahun ni da duk jauh :( memang x sempat
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.