Baru-baru Jom Heboh sampai ke Stadium Batu Kawan, jadi dapatlah saya bawa keluarga untuk tengok apa yang menarik. Mulanya, saya malas nak pergi, tetapi sebab ibu mengandung yang ajak, jadi saya akur sahaja. Anak-anak tak berapa excited sangat kecuali anak saya yang kecil, si Maira. Yelah, Maira tak pernah lagi pergi karnival besar macam ni.
Hujung Minggu di Jom Heboh 2016 Pulau Pinang
Hmm tak banyak benda pun kat Jom Heboh 2016 di Penang. Tak seperti tahun 2011 yang pernah saya pergi dulu... tak banyak produk dari Media Prima dipromosikan - maksud saya .. khemah dari Media Prima tak berapa banyak. Khemah daripada usahawan tempatan .... perghh ... memang banyak betul. Saya pun tak sempat nak singgah semuanya.Saya pergi Jom Heboh 2016 pada waktu pagi, lebih kurang jam 10:00 pagi. Pengunjung tak ramai, dan parking pun mudah.
Sempatlah juga dapatkan beberapa barangan dan produk yang dijual dengan harga murah.
Meh layan beberapa gambar yang saya ambil semasa Karnival Jom Heboh 2016 di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Semua gambar diambil menggunakan kamera telefon ZTE Axon 7 Mini.
Maaf sebab tak banyak gambar saya ambil.... bukan apa, ramai awek dok ngedeng suh beli itu ini ... jadi tak menang tangan .. huhu. Kang bergambar ngan awek .. takut terlebih bergambar .. haha.
Ok tak gambar dari ZTE Axon 7 Mini ni? Cantikkan gambar dia walaupun ada yang nampak blur ... huhu. Nanti saya cerita pasal telefon pintar terbaru dari ZTE ni. Ada jual di Lazada dengan harga RM1,399... boleh dapatkan tawaran istimewa dengan diskaun kalau kena harinya .. huhu.
tak penah lansung pi jum heboh!! hahahaha
ReplyDeletebest boleh beli byk barang dengan harga diskaun murah2 .. pastu leh dapat banyak goodie beg .. haha
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.