Ramai juga yang sudah menjangka akan kenaikan petrol ini. Saya sendiri sempat kunjungi stesen minyak untuk mengisi tangki penuh petrol kereta saya. Dan saya nampak ramai juga pelanggan yang mengisi petrol penuh.
Harga Petrol Naik 20 Sen Sempena Tahun Baru 2017
Menurut Bernama - Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing naik 20 sen seliter, manakala RON97 naik 15 sen mulai tengah malam ini (31 Disember 2016).Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz, berkata harga runcit baharu bagi RON95 berkuat kuasa 1 Januari ialah RM2.10 seliter dan diesel RM2.05 seliter. "Harga runcit baharu bagi RON97 pula ialah RM2.40 seliter," katanya. Harga runcit petrol sepanjang Disember bagi RON95 ialah RM1.90 seliter, RON97 (RM2.25) dan diesel (RM1.85).
Harga Runcit Petrol RON 95, RON 97 dan Diesel Januari 2017
Orait, ringkasannya ialah:- Petrol RON 95 - RM 2.10
- Petrol RON 97 - RM 2.40
- Diesel - RM 2.05
Harga Runcit Petrol RON 95, RON 97 dan Diesel Disember 2016
Harga runcit untuk petrol bagi Disember 2016 adalah:- Petrol RON 95 - RM 1.90
- Petrol RON 97 - RM 2.25
- Diesel - RM 1.85
harga petrol naik harga barang pun naik tapi kalau harga petrol turun, tak turun pula harga barang
ReplyDeletekenaikan petrol dan disel serta kejatuhan nilai mata wang negara pasti akan menyukarkan lagi kehidupan rakyat tahun 2017. Semoga anda semua bertabah menghadapi situasi ini.
ReplyDeletesabar je la.. semua duk naik ni.. gaji swasta x naik2 pun..
ReplyDeleteSyukur Tanah Melayu Masih aman. hehehe
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.