Saya baru diperkenalkan dengan pelan Digi Postpaid Baru RM110 sebulan... masih lagi tengok apa yang ada di dalam pelan ini untuk disesuaikan dengan keperluan yang ada. Al maklumlah ... kena cerewet sikit sebab saya ni penulis blog, anak-anak pula aktif dengan internet ... biar berbaloi ye tak?
Digi Postpaid Baru - 25GB Seharian + 4G Tanpa Had Hujung Minggu
Apa ada dalam pelan Digi Postpaid Baru RM110/sebulan ini?Ok ... secara ringkas, jika saya melanggan ... saya akan dapat kuota 25GB seharian! First wow untuk saya ... seharian 25GB internet errr biar betul ni. Lepas tuu kan .... unlimited .. tanpa had ... tanpa kuota pada Sabtu dan Ahad! Perghh ini second wow saya mengenai pelan ini. Dua ciri pelan ini pun sudah cukup membuatkan Digi Postpaid Baru ini sangat sangat best dan berbaloi. Bukan kelajuan biasa ehh .. ni kelajuan internet 4G!
Nampaknya Digi tahu apa kehendak pengguna. Sesetengah telco tu macam tak ambil kesah pun .. yang mereka tau nak untung lebih je .. huhu .. tapi saya fikir pelan baru Digi ini dapat berikan manfaat dan untung besar buat pengguna yang benar-benar menggunakan internet dalam keperluan seharian. Ala .. macam sayalah .. nak update bloglah, nak update status laman sosiallah .. nak share gambar kat instagramlah ... tu semua memerlukan kuota internet yang agak besar.
Jika anda pembaca blog saya yang setia, tentu sedar yang saya dan keluarga sentiasa bercuti di hujung minggu. Anak saya yang lagi seminggu nak UPSR hari tu pun saya bawa dia pergi bercuti pada Sabtu dan Ahad. Jadi, keperluan internet waktu tersebut memang pentinglah, sebab nak akses aplikasi online, nak Google tempat makan best, nak cari tempat menarik untuk dilawati ... macam-macam lagilah. Dan .. nak tahu berita terkini dengan pantas .. hehe .. dengan internet 4G .. memang lagi pantaslah, belum keluar TV ... kita dah tahu akhir cerita .. haha.
Pastu bila dah pergi bercuti ni, surely nak share tempat kami pergi tu dengan kawan-kawan. Saya ada kawan-kawan saya, wife saya pun ada kawan-kawan dia, dan anak saya pun ada FB dan group WhatsApp dia. Jadi, kalau dikira-kira, memang berat tanggungan kuota internet ni. Bukan takat 25GB internet tak lepas, 100GB pun belum tentu sebab ada dua orang anak saya yang memang kaki tengok video YouTube.
Bayangkan kalau dah lima orang, setiap seorang ada peranti masing-masing dan semua guna internet. Maka, kena ada plan postpaid yang sangat-sangat bagus dan berbaloi.
Pelan Digi Baru ni nyata boleh jadi penyelamat keadaan. Unlimited data untuk Sabtu Ahad. Pakailah internet sampai lebam. Dan bukan kelajuan siput ... tapi dijanjikan kelajuan 4G. Kalaupun guna internet tak sebanyak 25GB seharian tu, boleh dibawa ke hadapan sebanyak 3GB. Jadi, tak rasalah kerugian sebab tak guna data yang diberikan.
Kalau family saya .. uhhh plan saya sekarang ni 7GB data sebulan .... kalau pergi bercuti, dua tiga jam je dah habis, pastu kena top up .. urghhhh. Memang tak berapa nak best.
Oh ya, ada satu lagi benda best yang saya nak beritahu dalam plan ini. Kalau anda seorang yang sangat rajin ambil gambar dan video, lepas tu tak tahu nak simpan mana .. boleh gunakan aplikasi Capture yang diberikan 100GB percuma dalam plan ni. Jadi, macam saya ... kalau pergi mana-mana, ada gambar yang menarik untuk saya jadikan topik atau tajuk blog post saya yang akan datang, bolehlah saya simpan dalam Capture ni.
Opps ada lagi ... akses kepada rangkaian video iFlix juga diberikan percuma selama 60 hari.
Digi tak lupa pada asal usul ciptaan telefon .. iaitu berhubung menerusi suara. Maka, unlimited call untuk semua rangkaian diberikan dalam plan ini. Jadi, bukan setakat 25GB all day internet, unlimited internet hujung minggu tetapi juga panggilan telefon tanpa had ke semua rangkaian!
Berita baiknya lagi ialah pelan ini juga memberikan kelebihan buat mereka yang gemar melancong. Free Roaming (5GB + 60min) untuk lima negara ini - Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia dan Mynmar. Siapa kaki travel ... boleh guna postpaid baru Digi ni.... biar kekal berhubung. Jauh dimata, tidak semestinya tidak boleh dengar suara.
Plan RM110/sebulan - 25GB All-day 4G internet + tanpa had hujung minggu + free roaming. Satu plan postpaid terbaik buat ketika ini yang saya tahu untuk mereka yang heavy-user, terutama sekali yang banyak menggunakan internet di hujung minggu.
Nak tahu lagi dan tengok promosi tambahan dari Digi? terus sahaja ke pautan ini - http://bit.ly/2g1Iurl
Rugi tak tengok promosi Digi terbaru yang dalam link tu ... ada roadshow tau! Untung-untung boleh dapat smartphone baru percuma .. huhu.
eca guna digi50 je...tu pun mak aiii sampai bring forward ke bulan hadapan.sebab kat rumah ada streamyx, digi guna bila berada diluar je..kalau balik kampung on weekend atau prgi shopping dgn family, mmg eca pulun habis data weekend tu,,tapi tak jugak habis2
BalasPadamEhemm ... jadinya, pandai-pandailah menjadi seorang pengguna yang bijaksana .. hehehe
Padammemang wow sangat..setakat ni guna yg rm50..okla setakat ni
BalasPadamKan.. rasanya tak ada pakej telco yang boleh lawan setakat ni.
Padamwah bestnya.. busyra pun sama guna maxis 6gb sebulan tak cukup. pastu kena topup lagi.. last2 harga sama ja macam pakai yg digi ni.. mmg tngh survey2 plan baru nii.. yg ni kontrak tak?
BalasPadamSetahu saya tak ada kontrak melainkan ambil pakej Telefon
Padamwahh bestnya 25GB..Puas hati guna..
BalasPadamSiapa nak internet yang laju, leh guna Digi plan terbaru ni. Memang nampak berbaloi
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.