Ini cara saya tambah follower Google Profile saya. Saya ortodok.. haha... cara tradisional. Saya kan ke dah masuk dalam kategori blogger vintage (lama tapi laku keras) .. hahaha... Muka dah kurang menarik untuk golongan belia remaja nak klik follow, tapi in Sha Allah, cara saya buat ni boleh buatkan mereka akan follow saya balik.

Apa yang saya buat? Mudah je. Saya cuma buka email dan lihat notifikasi siapa yang follow saya di Google Profile. Setiap kali ada seseorang yang baru follow saya, satu email akan dihantar dan memaklumkan kepada saya. Uhh .. pandai juga Google ehhh berikan teknik ni.

Cara Tambah Follower Google Profile

Cara Tambah Follower Google Profile
Teknik ini antara teknik mudah untuk mendapatkan follower menerusi Google Profile. Anda tidak perlu pergi ke mana-mana halaman atau website untuk melakukannya. Dari email sahaja, anda sudah boleh follow orang lain yang telah follow anda, dan sebagai bonus, anda juga boleh follow rakan-rakan follower anda itu juga menerusi email.

Hanya dengan satu klik, dari seorang follower .. anda boleh dapat beberapa follower lain, yang pada masa sama anda memberikan peluang untuk mereka menerima anda sebagai follower mereka. Percaya pada Give-n-Take. Apa yang anda beri, itulah yang akan anda dapat.

Follower saya tak ramai, tak cecah pun seribu orang di Google Profile. Anda boleh lihat sendiri di bahagian sidebar (jika anda baca blog ni menerusi desktop) atau di bahagian bawah selepas post ini (jika anda baca blog ini menerusi smartphone).

Tak nampak jumlah follower saya? boleh terus ke pautan ini dan lihat sendiri - Profile Hasrul Hassan

Walaupun follower saya tak ramai, namun saya berasa terharu sebab ada pengunjung yang sudi singgah sehingga berjaya pecahkan rekod pageviews baru untuk blog ini - 21.3 juta pageviews!

Kepada yang sudi follow saya di Google, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Besar impaknya tu pada pandangan sesetengah orang.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement