Domain Authority. Saya pasti ramai blogger Malaysia tidak berapa tahu mengenai Domain Authority (DA); terutamanya untuk menjadi daya pengukur kekuatan sesebuah blog atau laman web. Jika anda ada blog, ada laman web .. maka anda perlu serius memastikan bahawa blog dan laman web anda mempunyai skor DA yang baik.

Sebenarnya, saya sendiri sebelum ini kurang ambil peduli mengenai DA, tetapi sejak Google Pagerank (PR) tidak lagi menjadi rujukan untuk kekuatan sesebuah blog dan laman web, maka saya mencari alternatif untuk membolehkan blog saya diukur dari segi teknikal. Ia penting terutama apabila ada pengiklan terutama daripada luar negara yang mahukan statistik teknikal kekuatan blog.

Autoriti Domain (Domain Authority) Sebagai Pengukur Kekuatan Blog

Tips Blogging - Autoriti Domain Sebagai Pengukur Kekuatan Blog
Domain Authority atau DA ialah merupakan satu metrik yang dibangunkan oleh SEOMoz, untuk mengukur kekuatan dan keupayaan sesebuah blog atau laman web untuk disenaraikan (rank) di dalam enjin-enjin carian di internet. DA menggunakan skala algorithmatik dari 0 ke 100. Semakin tinggi skor DA samada untuk domain ataupun untuk blog post, maka semakin berpotensi ia berada di ranking terbaik dalam enjin carian.

Untuk ketahui skor DA anda, boleh cuba ke pautan berikut - http://www.seoreviewtools.com/website-authority-checker/ dan masukkan URL domain blog anda.
Tips SEO - Autoriti Domain Sebagai Pengukur Kekuatan Blog

Kelebihan DA Skor Tinggi

Secara kesimpulannya, semakin tinggi skor DA blog anda, maka semakin mudahlah setiap blog post dan entri untuk berada di halaman utama enjin carian. Malah, anda akan lihat setiap entri akan cepat tersenarai di Google, Yahoo mahupun Bing sebaik sahaja anda publish blog post anda - berdasarkan kepada keyword tertentu.

Setakat entri ini ditulis, blog saya mencatat skor DA = 39, dan PA = 47. PA atau Page Authority juga merupakan antara salah satu skor untuk lihat kekuatan blog anda, selain DA. Namun, paling penting ialah .. blog anda perlu mendapat skor DA lebih daripada 50 jika mahu keseluruhan blog post atau artikel baru di blog tersenarai dengan mudah di enjin carian.
[Baca] Kelebihan Page Authority Dalam SEO
Cuba perhatian contoh kelebihan blog yang mempunyai skor DA yang baik. Lihat beberapa keputusan enjin carian Google berkaitan beberapa keyword atau kata kunci carian pengguna internet:

Daripada 1,030,000 hasil carian, entri blog saya berada di tangga keempat untuk carian 'Rekod MAHA 2016'.
Berikut pula adalah keputusan carian variasi 'Menara Taming Sari'. Baru sahaja saya terbitkan artikel tersebut, dalam masa kurang 24 jam .. ada beberapa keputusan carian meletakkan entri blog di tempat pertama Google.
Autoriti Domain Sebagai Pengukur Kekuatan Blog
Autoriti Domain Sebagai Pengukur Kekuatan Blog
Tips SEO Blogspot - Autoriti Domain Sebagai Pengukur Kekuatan Blog
Masih lagi kurang faham mengenai Domain Authority (DA) ini? Tak tahu apakah kegunaannya dan bagaimana nak tingkatkan DA? Boleh tonton video di bawah ini ...


Saya harap blog post ringkas tips blogging ini dapat dimanfaatkan sebaiknya terutama untuk mereka yang mahukan blog mereka memberi manfaat lansung kepada pencari maklumat di internet. Ini merupakan salah satu teknik SEO berkesan yang boleh dipraktikkan.
[Baca] Cara Untuk Dapatkan Domain Sendiri Untuk Blog
Ingat - Semakin baik skor DA blog anda, maka semakin bagus ia untuk pengiklan advertorial dan review; dan semakin bagus blog anda untuk mendapat trafik menerusi enjin carian.

Untuk mereka yang mahu produk dan bisnes mereka diiklankan di blog ini, boleh rujuk page berikut - Peluang Pengiklanan

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. mana2 entry smua org cari bloh HH..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm ... alhamdulillah, saya suka fikir begitu. :)

      Padam
  2. awesome. teknikal camni yang blogger perlu ambik tau jugak sebenarnya.

    BalasPadam
  3. so..

    pandai-pandai la ye buat agar blog kita tu ada DA dan PA yang bagus.

    BalasPadam
  4. Selain blog HH sebagai rujukan blog yang berkaitan SEO, saya kerap berkunjung ke blog tuan Wan Yusof. Tambah ilmu untuk tambah value pada blog yang kita uruskan

    BalasPadam
  5. jika dulu layan PR...sekarang lebih advance..sbb bot utk crawl pun dah mantap hehe

    BalasPadam
  6. terima kasih HH,,, baru tahu pasal DA

    BalasPadam
  7. Kena mantapkan DA la lepas ni. Terima kasih

    BalasPadam
  8. thanks for sharing. kena belajar lagi ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement