Tawaran kerja dari rumah secara part-time (freelance). Siapa yang mahu menjana pendapatan sampingan dengan kerja-kerja yang boleh dilakukan di rumah, mengambil upah daripada lebih 1000 jawatan dan kerja kosong yang diiklankan secara online? 2018 ada banyak peluang untuk anda jika anda memulakan langkah dari sekarang.

Ketahui bahawasanya penggunaan dan capaian internet termasuklah jalur lebar dan fiber optik semakin hari semakin meningkat. Kelajuan internet juga semakin bertambah. Dengan efisiennya internet di serata dunia, banyak syarikat membuka peluang untuk orang ramai untuk menjana pendapatan sampingan dengan melakukan kerja-kerja mudah berbentuk pengkeranian. Malah, ada syarikat yang sudah mula outsource beberapa kerja dan projek kepada ramai freelancer di seluruh dunia.

Tawaran Kerja Dari Rumah Part-Time (Freelancer) 2018

Syarikat tersebut dapat berjimat ratusan dan puluhan ribu ringgit dari segi kos tenaga kerja kerana tidak perlu lagi menggaji pekerja secara tetap (bulanan). Mereka hanya perlu menyediakan bajet terhad dalam bentuk upah kepada freelancer yang boleh didapati dengan mudah di internet.
Tawaran Kerja Dari Rumah Part-Time (Freelancer) 2017
Salah satu tempat yang menyenaraikan peluang-peluang untuk kerja dari rumah secara part-time ialah menerusi Jobdirumah.com.

Menerusi Jobdirumah, ada banyak peluang kerja dari rumah secara part-time ditawarkan. Kerja-kerja freelance ini melibatkan dari sesusah-susah kerja yang perlukan kemahiran tinggi sehinggalah yang paling mudah iaitu mengisi data (data entri).

Cuba lihat peluang-peluang kerja dari rumah di bawah ini yang saya ambil dari Jobdirumah.
Tawaran Kerja Dari Rumah Part-Time (Freelance) 2017

Nampak tak ada beberapa kerja freelance yang mudah-mudah ... malah, jika anda hanya ada kelulusan setakat SPM pun pasti boleh buat.

Untuk mendapatkan kerja menerusi tawaran kerja part-time ini, apa yang perlu anda lakukan ialah mempromosikan diri anda menerusi laman web kerja. Ramai yang tidak tahu cara nak promosikan diri untuk mendapatkan kerja-kerja part-time secara online.

Menerusi Jobdirumah, ada panduan ditunjukkan dan ajar anda cara untuk dapatkan tawaran kerja yang ada.

Contohnya, saya cuba promosikan diri saya dalam salah satu platform kerja freelance iaitu sebagai seorang penulis kreatif, dan juga agen pemasaran untuk produk online. Saya offer kemahiran saya sebagai penulis blog kepada mana-mana syarikat dan individu yang mahu dapatkan khidmat saya sebagai blogger dan agen pemasaran.

Apabila mana-mana syarikat dan individu mahu dapatkan servis dari saya, mereka boleh hubungi dan request quotation untuk harga upah saya. Jika ada ... saya akan terima menerusi email, dan kalau mereka setuju dengan upah saya .. maka dapatlah saya kerja dari rumah yang saya mahukan. Upah boleh letak sesuka hati anda ... sesuai dengan kemahiran anda .. dalam USD.

Ok. Itu salah satu cara.

Cara kedua untuk dapatkan tawaran kerja dari rumah secara part-time ialah dengan apply atau bid kerja yang ditawarkan. Contohnya kerja di bawah ini yang telah diberikan kepada saya mengikut profil yang telah saya lengkapkan di salah sebuah platform kerja part-time sebagai freelance.
Daftar Untuk Mohon Kerja Part Time Dari Rumah
Jika anda nak mohon kerja dari rumah secara part time (freelance), bolehlah mencuba rujuk Jobdirumah kerana ia menyediakan modul-modul atau e-guide untuk bantu anda mencari serta mendapatkan peluang kerja dari rumah.

Cara Nak Daftar?

Bagaimana anda nak mendapatkan kerja dari rumah secara part-time ini? Ikuti langkah-langkah di bawah ini terlebih dahulu. Untuk mohon kerja dan dapatkan kerja yang dicari, anda perlu daftar dan ikuti beberapa tutorial khas yang disediakan:
  1. Langkah #1 – Klik pada pautan berikut - Panduan JDR dan klik butang 'Klik Sini' di pada laman tersebut, isikan butiran yang diperlukan dan cipta nama pengguna dan kata laluan anda sendiri supaya anda boleh mengakses laman keahlian peribadi anda. 
  2. Langkah #2 – Dalam laman ahli, anda akan diberi akses kepada eGuide dan video tutorial lengkap. Kedua-dua sumber ini akan memberikan anda semua tip dan trik yang anda perlukan untuk mencari pekerjaan yang anda mahu, cara mendapatkan pekerjaan tersebut, dan membina kerjaya anda sebagai pekerja freelance dari rumah. 
  3. Langkah #3 - Cipta profil dengan platform yang diberi dan juga semua platform yang dicadangkan dalam eGuide bagi mendapatkan tawaran kerja tanpa had setiap hari dari majikan seluruh dunia. 
  4. Langkah #4 - Pilih kerja yang anda mahu, klik "Apply", hantar bidaan, dan mula buat duit dari rumah!
Ok? Dengan 4 langkah, dan ikuti apa yang ditunjukkan, anda mungkin akan menerima kerja-kerja yang menawarkan upah dalam USD .. iaitu 4 kali ganda upah biasa dalam Ringgit Malaysia.

Pastikan anda daftar dahulu di pautan berikut - Panduan JDR

Peringatan ikhlas daripada saya, anda perlu setidak-tidak tahu asas dalam Bahasa Inggeris. Ini memandangkan anda bakal mohon dan dapatkan kerja daripada syarikat dan individu dari seluruh dunia. Kalau anda kurang tahu bahasa Inggeris, jadi ia mungkin satu masalah untuk diri anda.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Bagus buat kerja dalam ni. Boleh tambah income.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerja dari rumah memang berbaloi kalau dibuat dengan betul

      Padam
  2. Terima kasih perkongsian ini bro HH. Ianya membantu.

    BalasPadam
  3. betul ke ni encik hasrul?sebab sesetengah kerja online ada yg kena bayar yuran daftar dulu sebelum kerja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Task.my ni dah tak ada rasanya. Tapi memang ada banyak kerja freelance yang tidak perlu anda bayar - ia percuma semasa pendaftaran. COntohnya kerja menerusi ilancee dan juga fiverr.

      Padam
    2. Jika ada yang bayar, lihat apa yang dia offer .. kadang dia offer aplikasi tertentu macam aplikasi menulis resume, video tutorial untuk dapatkan kerja dan sebagainya.

      Padam
Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement