Keputusan UPSR 2016 telah mencatatkan jumlah murid yang mendapat 6A adalah hanya sebanyak 1.12 peratus daripada jumlah keseluruhan calon, iaitu sebanyak 4896 orang.
Syarat Masuk SBP Terkini Untuk UPSR 2016
Ramai ibu bapa dan murid-murid yang tidak mendapat keputusan 6A UPSR risau bahawa peluang mereka untuk ke Sekolah Berasrama Penuh tertutup, walhal sebenarnya kriteria untuk masuk ke SPB bukan hanya diukur atas pencapaian akademik semata-mata.Ada banyak kriteria lain yang diambil perhatian oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pemilihan murid atau pelajar ke tingkatan satu SBP seluruh Malaysia.
[Baca] Risau Anak Tak Dapat Masuk SBP/MRSM 2017? Baca Ini Untuk Lihat LogikSecara amnya, murid tahun enam, atau calon UPSR perlu mendapat sekurang-kurang 3A 3B untuk masuk ke tingkatan satu SBP 2017. Dan mereka perlu menepati merit yang berdasarkan pencapaian lain murid tersebut semasa di sekolah rendah. Merit ini akan dikira bersandarkan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) murid tersebut.
Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia Berkaitan Kriteria Kemasukan Tingkata 1 SPB 2017
Lihat kenyataan rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai kebimbangan ibu bapa dan murid UPSR 2016.Infografik di bawah menunjukkann keputusan 6A UPSR 2016 yang telah diumumkan pada 17 November 2016.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.