Penutupan sementara stesen NGV Petronas adalah susulan kejadian letupan dan kebakaran di salah sebuah stesen NGVnya baru-baru ini. Kemalangan tersebut berlaku di Austin Height, Mount Austin, Johor Baharu ... dan telah mengorbankan nyawa seorang pekerja kontraktor pembaikan pam NGV.
Senarai Stesen NGV Petronas Ditutup Sementara dan Masih Beroperasi
Dengan pengumuman tersebut, ramai yang keluh kesah, dan merungut kerana sudah menjadi sukar untuk mengisi gas NGV untuk kenderaan mereka, terutama sekali buat pemandu-pemandu teksi di sekitar Lembah Klang dan juga Johor Baharu.Berikut adalah pengumuman yang telah dibuat oleh Petronas Dagangan Berhad (PDB) dalam laman web rasmi mereka ..
"PDB sedang melakukan penutupan sementara bagi operasi NGV di 67 stesen PETRONAS yang terletak di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor bagi tujuan kerja-kerja menaik taraf dan pembukaan semula akan diberitahu kelak. Walau bagaimana pun, perkhidmatan bagi produk bahan api lain dan Kedai Mesra di stesen-stesen ini akan beroperasi seperti biasa.Saya berupaya untuk mendapatkan senarai stesen-stesen NGV Petronas yang telah diarahkan untuk tutup sementara tersebut. Anda boleh rujuk pada paparan di bawah ini untuk senarai stesen NGV Petronas yang ditutup.
PDB sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan standard keselamatan yang tertinggi di premis kami.
Segala kesulitan adalah amat dikesali."
Senarai Stesen Petronas NGV Ditutup Sementara
Pun begitu, ada beberapa stesen NGV Petronas yang masih beroperasi untuk keperluan pengguna kenderaan yang menggunakan NGV ini. Dan berikut adalah senarai stesen minyak Petronas yang masih lagi beroperasi untuk NGV. Anda boleh muat turun senarai ini dan cetak untuk dibuat rujukan kelak.
Senarai Stesen NGV Petronas Masih Beroperasi
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Mesralink di 1-300-88-8181.
Mohon anda untuk kongsikan dengan orang ramai supaya mereka boleh tahu senarai ini dan dijadikan rujukan.
terima kasih info ini
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.