Senarai Kedai Harga Patut 2016 Daerah Kerian - Sukacita saya nak kongsikan maklumat ini sebagai panduan untuk kejiranan saya di Parit Buntar. Panduan dan rujukan ini bolehlah membantu sedikit sebanyak untuk merancang perbelanjaan seharian terutama untuk sahabat, rakan, dan juga kenalan sekitar Parit Buntar dan juga Nibong Tebal.

Anugerah Kedai Harga Patut - Kalau anda seorang pekedai, peruncit, usahawan kedai makan, kedai pakaian dan sebagainya .. jika ada satu anugerah yang boleh bantu untuk menaikkan jenama .. maka anugerah inilah yang perlu dicapai. Definasi Kedai Harga Patut ialah premis perniagaan yang menjual barangan pada harga yang berpatutan dan berdaya saing setanding dengan kualiti barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan.

Senarai Kedai Harga Patut Kategori Pasaraya dan Pasar Mini Daerah Kerian


Senarai Kedai Harga Patut - Pasaraya Pasar Mini Daerah Kerian 2016
Untuk info, Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP) telah pertama kali diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 7 Julai 2003. Ianya dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti, menilai dan mengiktiraf premis perniagaan yang menjual barangan pada harga yang berpatutan dan berdaya saing untuk kesenangan dan kemudahan pengguna membeli-belah dengan lebih cermat dan berjimat.

Berikut adalah senarai premis perniagaan di kawasan daerah Kerian yang telah dianugerahkan Kedai Harga Patut 2016. Saya paparkan kepada anda penerima anugerah ini untuk kategori Pasar Mini dan juga Pasar Raya. Untuk kategori Kedai Runcit, tiada penerima.

Senarai Kedai Harga Patut Kategori Pasar Mini

NoKategori PerniagaanNama Premis PilihanAlamat
1PASAR MINISB PROVISIONS STORENO.31 & 33, JALAN PERWIRA, PUSAT BANDAR, 34200 PARIT BUNTAR, PERAK.
2PASAR MINISK FROZEN ENTERPRISE (PARIT BUNTAR)38, JALAN PERWIRA, PUSAT BANDAR BARU, 34200 PARIT BUNTAR, PERAK.

Senarai Kedai Harga Patut Kategori Pasar Raya

NoKategori PerniagaanNama Premis PilihanAlamat
1PASAR RAYABILLION SHOPPING CENTRE (PB) SDN.BHD.NO.2, PERSIARAN SHAHBANDAR, TAMAN KERIAN TAMBAHAN 6, 34200 PARIT BUNTAR, PERAK.
2PASAR RAYAECONSAVE CASH & CARRY (PB) SDN.BHD.LOT PT 140, JALAN PERUSAHAAN 1, KAWASAN PERINDUSTRIAN SIMPANG LIMA, 34200 PARIT BUNTAR, PERAK.
3PASAR RAYAPASARAYA ANEKA SDN BHDLOT 9855 JLN SIAKAP 34300 BAGAN SERAI PERAK
4PASAR RAYAPASARAYA BESAR MYDIN PARIT BUNTARKERIAN SENTRAL MALL, LOT 23252, JALAN SEKOLAH, 34200 PARIT BUNTAR, PERAK.
5PASAR RAYAPASARAYA LONG WAN SDN BHD (PB)NO 1 JALAN WAWASAN 5 TAMAN WAWASAN JAYA 34200 PARIT BUNTAR PERAK
6PASAR RAYAWAH SEAH MAJU SDN BHD115 & 116 JALAN PASAR 34300 BAGAN SERAI PERAK


Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dengan baik. Jangan lupa juga lihat senarai kedai makan dan gerai makan yang diberikan anugerah Kedai Harga Patut 2016 di pautan berikut - Senarai Kedai Makan dan Gerai Makanan Harga Patut Negeri Perak

Jangan lupa untuk kongsi dengan orang lain.

Sumber: Laman Web Rasmi Kedai Harga Patut

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement