Satu berita yang baik untuk ibu bapa dan murid tahun enam UPSR 2016 yang masih lagi belum membuat permohonan untuk masuk ke tingkatan satu MRSM 2017. Menerusi laman web MRM, permohonan secara online kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 2017 telah dibuka semula mulai 18 hingga 20 November 2016.

Ia adalah untuk memberi laluan kepada pemohon-pemohon yang telah atau belum membuat permohonan mengemaskini dan menghantar permohonan. Jika anda merupakan ibu bapa yang anaknya merupakan murid UPSR 2016 yang baru sahaja mendapat keputusan peperiksaan, anda boleh mencuba untuk mendaftarkan anak anda untuk masuk ke tingkatan satu MRSM.

MRSM Buka Semula Permohonan Mulai 18 November, Teliti Semula Kriteria Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 


Susulan daripada pengumuman keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 baru-baru ini, MARA kini sedang meneliti semula syarat kemasukan ke Tingkatan Satu MRSM bagi sesi 2017.

Saya memetik sumber daripada portal Mara:

Menurut Pengarah Komunikasi Korporat MARA, Nor Hashimi Mahat, pihak MARA akan mengeluarkan pengumuman rasmi berkenaan syarat ini sebaik sahaja perkara dimuktamadkan dalam waktu terdekat.

“Bagi kemasukan pelajar baharu Tingkatan Satu sesi 2017, sebanyak 7,500 tempat disediakan di 48 buah MRSM seluruh Malaysia dengan memfokuskan kepada kelahiran insan cemerlang yang holistik dan berintegriti kepada negara melalui sistem pendidikan menengah berteraskan ilmu, teknologi serta nilai-nilai keusahawanan,” katanya.

Pada kebiasaannya, syarat utama kelayakan kemasukan ini adalah mendapat keputusan 6A pada peperiksaan UPSR dengan keutamaan diberikan kepada pemohon yang berlatarbelakangkan keluarga berpendapatan rendah.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan Satu secara online turut dibuka semula selama tiga (3) hari bermula 18 hingga 20 November 2016 untuk memberi laluan kepada permohonan baharu serta pengemaskinian maklumat kepada mereka yang telah memohon.

Untuk membuat permohonan baru atau kemaskini, boleh terus ke laman berikut - Mohon MRSM 2017 Tingkatan Satu (1)

Calon-calon yang berkelayakan dan menetapi syarat akan dimaklumkan melalui emel untuk memilih pusat Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) dan juga temuduga.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement