Innity beri amaran pada blog dan blogger yang gagal tingkatkan income menerusi iklan. Siapa sini ada akaun Innity? Pernah dapat amaran macam yang saya dapat ni tak (lihat gambar)? Kalau tak pernah dapat tu .. ada dua sebab - income blog menerusi Innity memang masyuk setiap bulan atau dah apply Innity tapi tak lulus...hehehe... Blog saya menggunakan platform pengiklanan Innity, dah lebih 3 - 4 tahun dah ...

Kalau tak silap sayalah, blog saya diterima untuk letak iklan Innity ni sekitar hujung tahun 2013. Masa awal-awal letak iklan Innity berbentuk banner imej, income memang masyuk setiap bulan, ada la MYR300 - MYR400. Tapi sekarang, macam saya ceritakan sebelum ini, dah susah sikit nak jana income blog dengan Innity ni. Serius, dah susah sikit nak dapat income 3 angka dah dari Innity.

Innity Beri Amaran Pada Blogger !! Sila Awasi Income Blog Anda!

Innity Beri Amaran Pada Blogger
Baru-baru ini, saya terima satu email dari pihak Innity.

Innity beri amaran pada saya!! Terkejut saya dibuatnya. Kenapa saya diberikan amaran? Nahhhh lihat apa kata Innity pada saya menerusi satu email yang telah dihantar pada 14 November 2016.... huhuhu... terkejut ehh den.
Email amaran daripada pihak Innity untuk Blogger
Anda nampak tak alasan yang diberikan oleh pihak Innity tu ..  tak nampak? Cuba pandang betul-betul dan baca isi kandungan email di atas sekali lagi. Ulang sebanyak lapan kali kalau masih tak berapa nak jelas .. andai tak nampak juga, sila tampar pipi orang sebelah .. haha.

Average Earning is Less .....

Aha .. saya kena amaran sebab 'Average earning is less than minimum cash out' !! Faham tak maksud dia apa? Maksudnya .. earning blog dari bulan ke bulan - dah dicampur pun masih tak lepas untuk cash out .. hahahaah ... kiranya bulan 1 + bulan 2 + bulan 3 .... masih lagi tak lepas MYR100!!

Hmm income dari Innity memang jatuh teruk sejak kebelakangan ni. Saya perasan benda ni telah berlaku sejak awal 2016 lagi. Mungkin saya ada silap setting di mana-mana sehingga saya tak berjaya nak capai had minima pengeluaran income.
[Baca] Panduan Untuk Buat Duit Dengan Blog
Hari tu, ada rakan blogger yang dah kongsikan sedikit tips nak naikkan income Innity ni, tapi ntahlah .. tak menjadi pulak kat blog saya... huhuhu...

Mungkin ada di antara anda fikir ... saya buat duit dengan mudah menerusi blog setiap bulan, walhal hakikatnya saya perlu bergelut untuk meningkatkan trafik setiap bulan supaya saya boleh merasa income dari Innity ni.

Platform Pengiklanan Innity Memang Unik dan Berbeza dari Yang Lain

Innity berbeza dengan Nuffnang, mahupun Adsense sebab syarat ketat yang ada untuk mendaftar. Jadi, katakan saya ada akaun Innity ni, ia hanya untuk satu blog sahaja .. kalau nak tambah blog lain, saya kena perlu memohon terlebih dahulu. Boleh cuba baca syarat Innity yang pernah saya tulis lama dulu - Syarat Permohonan Pengiklanan Innity

Berbeza dengan Nuffnang, Adsense, H12, PopAds ... anda cuma daftarkan sekali dan gunakan kod (script) iklan untuk banyak blog. Innity pula, anda kena mohon dulu untuk setiap blog dan penuhi syarat yang ditetapkan. Innity mementingkan blog yang mempunyai trafik dan pengunjung unik (UV) yang tinggi, manakala platform pengiklanan lain seperti yang saya sebutkan tadi tidak pentingkan trafik.

Kenapa Blog Gagal Peroleh Income Minima?

Sekarang saya nak clarify .. kenapa income blog menerusi Innity tak penuhi syarat untuk cash out dan kenapa Innity beri amaran pada saya.
  • Campur income 3 bulan Innity, gagal lepasi syarat minima pengeluaran RM100.
  • Ada satu bulan tu, income Innity saya - MYR0
  • Script Innity bermasalah bila pasang kat blog saya - dianggap sebagai virus/malware oleh sesetengan online virus scanner seperti Sucuri dan VirusTotal. Bing Webmaster pun tak suka dengan Innity. Boleh baca di sini - Script Innity Dikesan Punca Malware Pada Blog
  • Iklan Innity tidak begitu mesra pembaca/pengunjung .. jadi saya terpaksa on-off iklan Innity untuk tidak kehilangan pembaca setia.

Script iklan Innity agak berat nak dipasang dalam blog. Kalau blog anda tidak banyak widget .. mungkin tak ada masalah sangat .... tapi kalau blog anda memang macam blog nak sambut raya ... memang masalah sikit bila letak iklan Innity ni. Silap-silap .. dah lebih 5 minit pun blog anda tak keluar-keluar disebabkan iklan dari Innity .. haha.

Ok. Anda dah baca dari awal hingga ke saat ini, anda boleh fikir kenapa dan mengapa blog saya gagal nak dapatkan income minima untuk cash-out.

Innity - Medium Iklan Online Untuk Blog Trafik Tinggi

Iklan Innity memang famous. Mana-mana blog atau laman web yang ada iklan Innity, bermaksud bahawa blog tersebut secara puratanya mempunyai trafik dan jumlah pengunjung unik yang sangat-sangat tinggi. Antara laman web yang menggunakan Innity sebagai platform pengiklanan online ialah laman web berita seperti BHarian Online dan TheStar Online.

Dua jenis iklan Innity yang paling popular pula ialah Site Take Over dan juga Mobile Overlay. Iklan Innity akan keluar dulu sebelum kandungan blog dipaparkan, samada pada peranti biasa mahupun mobile. Seandainya blog anda ada letakkan iklan Adsense.... awas, akaun Adsense anda mungkin kena banned disebabkan oleh iklan Innity ni .. huhu.

Jika anda seorang blogger, dan ada blog yang gunakan Innity ... sila berhati-hati, anda mungkin akan terima amaran seperti saya, dan mungkin juga anda akan kehilangan akaun Innity anda yang sememangnya sukar untuk anda mohon ... erkk.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih hh kongsikan...sy risau jugak sebab ada innity...income sy xmemberansangkan langsung.

    BalasPadam
  2. Alamak risau pula lepas baca entri ni bro, mood menulis di blog dah makin kurang dan sah2 trafik pun akan kurang kan.
    Kena cari idea menulis di luar skop biasa nampaknya.

    BalasPadam
  3. yang betul2 top je layak innity ni.. leceh betul haha

    BalasPadam
  4. hurm blog lirik lagu memang tak boleh join innity ke?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement