Harga Kereta Import Semakin Murah ...
Memetik Sinar Harian, selepas Dasar Automotif Nasional (NAP) diperkenalkan, harga jualan kereta di Malaysia telah menurun 12.55 peratus, terutama sekali membabitkan kereta import. Demikian menurut kata, Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Datuk Madani Sahari. Kata beliau lagi, pengguna di Malaysia sepatutnya berasa untung kerana mampu membeli kereta import seperti BMW dengan harga RM170,000, harga yang tidak jauh beza dengan kereta keluaran Jepun seperti Camry atau Honda Accord.Menurut beliau, menerusi dasar NAP yang telah dilaksanakan di Malaysia, untuk menggalakkan syarikat pengeluar kereta dari negara asing membuka kilang di Malaysia, salah satu syarat yang perlu dipatuhi mereka ialah menurunkan harga kereta.
Antara pengeluar kereta import yang sudah mendirikan kilang pemasangan di Malaysia ialah Subaru dan juga Mazda. Begitu juga dengan BMW yang sudah pun menutup kilangnya di Thailand dan beralih operasi ke Malaysia, menjadikan Malaysia satu-satunya negara di rantau ini yang mengeluarkan kereta jenama mewah tersebut. Dari satu perkembangan lain, jenama kereta mewah Volvo juga sedang bercadang memilih Malaysia untuk pengeluaran keretanya di rantau Asia Tenggara.
Harga Kereta BMW dan Mazda Terkini
Cuba lihat harga kereta import BMW terkini ini .. adakah harga yang ditawarkan lebih murah dari tahun sebelumnya (2015)?
Manakala di bawah ini pula adalah harga kereta jenama Mazda.
Saya tidak pasti samada harga kereta jenama-jenama import ini adalah lebih murah sebelum ini, memandangkan saya bukanlah seorang pengguna yang menganalisis harga kereta import di pasaran. Namun, daripada beberapa cakap-cakap, ramai yang kata memang ada perubahan dari segi harga kereta, apatah lagi sekarang banyak tawaran menarik diberikan oleh pengeluar kereta import termasuk rebat khusus.
Pun begitu, pengeluar kereta Nasional seperti Proton dan Perodua kekal bersaing dengan harga kereta yang kompetetif. malah harga kereta Nasional menjadi antara kereta pilihan rakyat Malaysia. Dan untuk bersaing, kualiti kereta Nasional juga sudah diperbaiki malah semakin baik dengan pengeluaran model-model baru yang bercirikan citarasa antarabangsa.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.