Salah satu widget blogspot yang best dan saya galakkan letak ialah widget top komentor. Widget ini sangat sesuai diletakkan di blog baru yang mahu mendapatkan respon daripada pengunjung blog. Ketika awal-awal saya menulis blog, widget inilah yang telah bantu saya meraih jumlah follower yang agak baik.

Jika anda baru sahaja membuat blog sendiri, dan mahukan reaksi dan respon yang banyak di dalam setiap blog post atau artikel anda, maka saya sangat syorkan anda letakkan widget ini.

Widget Top Komentor 

Ada banyak widget top komentor yang boleh anda dapat dan digunakan di dalam blogspot anda. Tetapi, bukan semua widget ini serasi dengan penampilan, rekabentuk atau layout blog. Anda kena bijak memilih widget top komentor yang sesuai.

Ada widget ini yang telahpun menjadi obsolete kerana skript yang digunakan sudah tidak wujud atau telah dijangkiti oleh Malware. Ada pula widget yang menggunakan banyak memori, sehingga melambatkan tempoh untuk blog anda dipaparkan (loading).

Widget Top Komentator Untuk Dapatkan Respon Pengunjung

Widget Top Komentator Untuk Blogspot
Di bawah ini adalah antara widget komentator yang pernah saya gunakan. Gunakan kod script/HTML yang disediakan di dalam kotak ini, dan salin tampal (copy-paste) sahaja di ruangan 'Add Javascript/HTML' di bahagian sidebar blogspot anda.

Widget top komentor ini telah disediakan oleh Tien Nguyen, seorang blogger yang memang handal dalam menyediakan widget-widget custom untuk blogspot.


Saya selalu gunakan widget ini andai saya mahu buat contest pengomen terbanyak atau top komentator di blog saya. Pengunjung akan nampak berlumba-lumba untuk jadi top komentor .. lansung meningkatkan  jumlah respon pada setiap entri blog, selain meningkatkan juga jumlah pageview blog.

Jika nak cuba widget ini, silakalah ye ...

Andai terdapat masalah untuk buat ... boleh terus cuba yang ini pulak, Top Commentator Widget for Blogspot

Kalau rasa tak sesuai, boleh buang atau cuba pula kod script/HTML yang lain. Anda boleh cuba Google 'Top Comentator Widget' sebagai permulaan. Satu lagi widget berkaitan komentator yang boleh anda cuba ialah yang ini - Widget Komen Terkini Dengan Gambar Komentator

Semoga tips blogging ini dapat dimanfaatkan. Untuk lebih banyak tips mengenai blog, boleh cuba cari dengan kata kunci 'Tips Blogging' menggunakan kotak carian.

[Baca Juga] Cara Mempercepat Loading Blog

Selamat mencuba.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement