Tambang Baru Perkhidmatan GrabCar Mulai 10 Oktober 2016
Kadar tambang baru GrabCar ini walaubagaimanapun adalah untuk perkhidmatan di Lembah Klang di hujung minggu (sepanjang hari) dan pada hari bekerja di luar waktu puncak (sepanjang hari kecuali dari 6 pagi hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 8 malam).Harga tambang baru oleh GrabCar ini memang sangat berpatutan malah ia sangat-sangat kompetitif dengan permintaan yang tinggi bagi perkongsian kenderaan persendirian di Lembah Klang.
GrabCar Popular di Kalangan Pelajar
Ramai kenalan saya yang tinggal di Lembah Klang menggunakan perkhidmatan GrabCar, malah ia agak popular di kalangan pelajar IPT di sana. Ia mudah, murah, jimat, dan selesa. GrabCar memberikan kemudahan untuk mereka yang kadangkala kurang selesa dengan karenah perkhidmatan pengangkutan awam lain.Adik ipar saya contohnya menggunakan perkhidmatan GrabCar dari KL Sentral terus ke Putrajaya pada jam 4 pagi, selepas pulang dari Parit Buntar menaiki ETS. Tambang yang dikenakan sangat berpatutan malah lebih murah daripada tambang perkhidmatan awam yang lain. Tiada caj untuk kadar larut malam dan sebagainya .. huhu.
[Baca] Pengalaman Pertama Saya Naik GrabCarDengan struktur tambang baru GrabCar ini juga, saya dapat lihat bahawa ia memberikan satu pilihan terbaik untuk pelanggan merancang perjalanan dengan lebih baik di luar waktu puncak. Malah, dari satu sudut yang lain, ia juga akan membolehkan ramai pemandu GrabCar separuh masa yang cenderung memandu ketika waktu puncak untuk raih pendapatan yang lebih.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.