Skim Jaminan Pinjaman Perumahan Untuk Golongan Bekerja Sendiri, Petani dan Nelayan.
Tidak ramai daripada rakyat Malaysia yang menyedari peranan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan, iaitu Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd (SJKP) dalam membantu rakyat yang tidak berpendapatan tetap seperti petani, nelayan dan peniaga kecil untuk mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah idaman mereka.

Skim ini adalah untuk membantu golongan ini yang sering menghadapi masalah apabila mahu membuat pinjaman dan memohon pembiayaan untuk memiliki rumah daripada institusi kewangan, walhal mereka sebenarnya mampu untuk membayar balik pinjaman yang diberikan.

Skim Jaminan Pinjaman Perumahan Untuk Golongan Bekerja Sendiri, Petani dan Nelayan

Skim Jaminan Pinjaman Perumahan Untuk Golongan Bekerja Sendiri, Petani dan Nelayan

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) adalah ditubuhkan sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan, Diperbadankan pada 6 Disember 2007 yang objektifnya diwujudkan sebagai memberikan jaminan kemudahan kewangan untuk golongan rakyat tidak mempunyai pendapatan tetap ini.

Bukan Pemberi Pinjaman, Tetapi Pemberi Jaminan Kredit

Menerusi SJKP, pemohon boleh memohon pinjaman perumahan yang akan diberikan oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat di dalam skim ini. SJKP akan memberikan jaminan kepada pihak bank supaya dapat meluluskan permohonan pinjaman dan pembiayaan pemohon, dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Antara syarat terpenting ialah para pemohon pembiayaan mestilah mempunyai keupayaan untuk membayar balik pembiayaan perumahan tersebut sebelum memohon. Syarat-syarat lain adalah seperti berikut:

Syarat dan Terma Untuk Memohon Skim Jaminan SJKP

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  2. Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dan sebagainya atau berpendapatan tetap tertakluk kepada 
  3. RM200.0 juta yang pertama sahaja)
  4. Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana
  5. Untuk didiami
  6. Pendapatan kasar minima RM1,000 sebulan

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Bhd) telah mencapai persetujuan dengan institusi-institusi kewangan yang terlibat dalam menyediakan pembiayaan perumahan yang akan dijamin oleh Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) untuk pemohon-pemohon yang layak.

Mereka yang berminat untuk memohon skim ini atau ingin mendapatkan keterangan lanjut boleh berhubung terus dengan mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai SJKP.

Senarai Agensi Kewangan

Agensi atau institusi kewangan yang menyertai skim ini ialah:
  • Bank Simpanan Nasional
  • Bank Islam
  • Bank Rakyat
  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • Alliance Bank
  • Alliance Islamic Bank
  • Ambank
  • AmIslamic Bank
  • Affin Bank
  • Affin Islamic Bank
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank

SJKP akan menjamin pinjaman sehingga 100 peratus daripada harga pembelian tertakluk kepada maksimum RM100,000 (termasuk MRTA/MRTT) dan terma lain ditawarkan di bawah skim ini seperti pinjaman berjangka saja, tempoh pinjaman adalah sehingga 40 tahun atau usia 65 tahun, mana-mana terdahulu serta kadar faedah dikenakan pihak bank pada kadar pinjaman asas yang dikenakan

Jika anda merupakan golongan yang (seperti dinyatakan) menghadapi kesukaran untuk memohon pinjaman pembiayaan perumahan, bolehlah gunakan saluran ini. Ianya adalah satu jalan penyelesaian untuk golongan terutamanya yang berpendapatan rendah dan bekerja sendiri untuk mendapatkan rumah sendiri menerusi pembiayaan pinjaman bank.

Cara Untuk Memohon Skim

Untuk cara-cara memohon, kriteria lain serta syarat lengkap, anda disarankan untuk merujuk kepada portal rasmi SJKP di alamat berikut - http://www.sjkp.com.my/

Saya sekadar menyampaikan informasi ini kerana mendapati ramai di kalangan rakyat Malaysia terutamanya yang bekerja sendiri seperti petani, nelayan, peruncit dan sebagainya hadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman dan pembiayaan perumahan. Saya tiada kaitan dengan mana-mana pihak dalam skim ini.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement