Ok. Berbalik pada cerita. Tajuknya cerita ialah jam tangan Rolex berharga RM 32K mahu dijual RM 4K. Ia bukan satu tajuk sensasi yang saya tulis untuk umpan anda. Tetapi ia memang sebuah cerita sebenar, dan jam tangan jenama Rolex ini memang mahu dijual dengan harga sedemikian.
Rolex Osyter Perpetual Datejust II - Harga Sebenar RM32K Mahu Dijual RM4K
Macam tidak masuk akal je kan? Jam tangan yang harganya disemak secara online adalah RM 32,000 (semasa post ini ditulis) .. .. mahu dijual pemiliknya dengan harga RM 4,000. Saya pun terkejut bila ditunjukkan harga sebenar jam tangan Rolex original - Osyter Perpetual Datejust II ... dan ditunjukkan pula jam tangan Rolex yang sedang dipakai oleh ....Oleh pemilik restoran tu. Uhhh ... dah lama saya kenal secara tidak lansung dengan pemilik restoran atau kedai makan sebelah stesen bas Parit Buntar ni. Awal mula perkenalan dulu disebabkan saya kaki photog .. bawa kamera DSLR ke mana-mana .. ambil gambar di mana sahaja.
Sambil lepak di kedai tu .. saya ambil gambar orang lalu lalang - street photography la katakan ... haha.
Di bawah ini saya tunjukkan bukti harga jam tangan Rolex yang dimaksudkan. Dan juga gambar jam tangan Rolex yang dipakai oleh pemilik restoran tersebut. Sama kan?
Pemilik restoran beritahu saya .. yang beliau nak jual jam Rolex tersebut, dengan harga RM4,000 ... harga yang pastinya jauhhhhh lebih murah dengan harga jam sebenar yang dijual dalam pasaran.
Tiada sebab diberikan kenapa nak dijual. Tapi katanya, jam tangan Rolex yang dimilikinya baru sahaja diservis di pusat servis Rolex. Katanya, dekat beratus ringgit juga untuk servis ....
Saya memang ternganga la bila seorang pemilik restoran boleh pakai jam semahal itu. Kalau sayalah, jam tangan Rolex dengan harga RM 32K elok sahaja dijadikan jam pusaka .. boleh diberikan kepada anak cucu. Uhh bukan mudah nak beli tu ...
Rolex Oyster Perpetual Datejust Mens Watch 116234
Beliau beritahu saya ... jika ada sesiapa nak beli, suruh contact ... uhh tapi itulah ... saya pun tak tahu cara nak hubungi - tak ambil nombor telefon, jadi kalau nak beli jam tangan di atas bolehlah pergi ke kedai makan sebelah stesen bas Parit Buntar ... huhu... betul-betul sebelah ...
Tapi saya tak tau yg asli atau tiruan.
BalasPadamMungkin dia punya yg asli. Tapi saya tak tau.
Saya agak yakin ianya original, lagipun taukey kedai ni saya kenal memang baik dan bukan jenis nak menipu orang.
Padamdisebabkan pernah rosak tu menyebabkan hati saya tawar nak membelinya..itupun niat semata-mata
BalasPadamkalau betul pun saya suka beli kat kedai biarpun mahal sebab masih 'virgin'
tapi bukan jam rolex..la
cik hasrul pastikan yang tu original..saya akan beli sepuluh..bawak jam tu dulu ke original dealer rolex. setiap satu comision cik hasrul saya beri sebanyak rm550) dapatkan kepastian dari dia.. hubugi saya : seldot@gmail.com
BalasPadamJam tu dah pun dijual kepada orang. Bukan ada banyak, memang milik tuan punya restoran tu original. Dia jual jam yang dia pakai tu .. bukan ada jam Rolex yang lain yang dia nak jual pun. :)
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.