Jadi, sila catatkan tarikh tersebut pada kalendar anda ye. Permohonan secara online ini hanya akan dibuka selama sebulan sahaja, iaitu dari 15 Oktober sehingga 15 November 2016 sahaja.
Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2017
Setiap tahun, jumlah permohonan untuk masuk ke sekolah berasrama penuh tingkatan satu dan juga empat sentiasa sahaja bertambah. Al maklumlah, anak-anak sekarang semakin ramai yang bijak pandai.Permohonan masuk ke tingkatan satu sekolah berasrama penuh (SBP) adalah merupakan antara alternatif terbaik untuk pelajar-pelajar lepasan darjah enam UPSR yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran. Selain daripada SBP, pelajar-pelajar UPSR boleh juga kemukakan permohonan untuk masuk ke tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Syarat Kemasukan Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Berikut adalah syarat-syarat tawaran untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh...- Murid mestilah warganegara Malaysia;
- Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, lelah (asthma) atau penyakit berjangkit;
- Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan;
- Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.
- Murid mestilah warganegara Malaysia;
- Murid atau pelajar Sekolah Kebangsaan;
- Cemerlang akademik;
- Aktif dalam kokurikulum.
Permohonan untuk kemasukan ke tingkatan satu (1) Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hanya boleh dilakukan menerusi online di laman web - http://www.moe.gov.my sahaja.
Semoga dimanfaatkan sebaiknya.
sbp ni memang sekolah yang bagus, persaingan pun sengit!
ReplyDeletehanya yang terbaik akan terpilih ke sekolah tersebut
ReplyDeleteAnak YB ... lambat lagi nak masuk form 1. makin lama makin sengit pula saingannya. fuuhhh
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.
**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**