6 Perkara Perlu Tahu Mengenai PCB (Potongan Cukai Bulanan) & Cukai Muktamad LHDN

Kongsi:

Perkara Perlu Tahu Mengenai PCB (Potongan Cukai Bulanan) LHDN dan Cukai Muktamad

6 Perkara Perlu Tahu Mengenai PCB (Potongan Cukai Bulanan) LHDN. Ramai yang membayar cukai LHDN menerusi Potongan Cukai Bulanan (PCB) terutama kakitangan kerajaan, namun tidak ramai yang benar-benar tahu mengenai beberapa hak dan keistimewaan yang diberikan kepada pembayar cukai LHDN menerusi PCB ini.

Dalam blog post saya ini, akan diberikan sedikit panduan am, dan juga tips untuk pembayar cukai yang membayar cukai individu penggajian menerusi potongan gaji bulanan. Panduan ini adalah sebagai rujukan am buat anda untuk ketahui sedikit sebanyak mengenai PCB dan juga Cukai Muktamad.

Perkara Perlu Tahu Mengenai PCB (Potongan Cukai Bulanan) dan Cukai Muktamad LHDN

Perkara Perlu Tahu Mengenai PCB (Potongan Cukai Bulanan) LHDN

S1: Apa itu Potongan Cukai Bulanan sebagai Cukai Muktamad (PCB Cukai Muktamad)?

J1: PCB sebagai Cukai Muktamad membenarkan pembayar cukai yang layak untuk tidak mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)

Jika anda seorang kakitangan awam atau pembayar cukai yang menggunakan PCB untuk membayar cukai setiap bulan, anda sebenarnya tidak perlu atau layak untuk tidak mengisi BNCP setiap tahun atau dengan kata lain, anda tidak perlu menggunakan sistem e-Filling untuk mengisi atau istihar pendapatan penggajian anda.

Ada di antara pembayar cukai ini, yang menggunakan e-Filling atau BNCP akhirnya mengeluh dan kerut dahi apabila mendapati perlu bayar baki lebihan cukai pendapatan yang dikenakan walhal sebenarnya tidak perlu pun mengisi segala butiran tersebut dengan syarat ia memenuhi kelayakan.

Apabila seseorang pembayar cukai yang menggunakan kaedah PCB untuk penyelesaian cukai pendapatan, ia boleh dianggap sebagai Cukai Muktamad, dan tidak perlu lagi untuk declare menerusi e-Filling atau mengisi BNCP.

S2: Siapa yang layak untuk tidak hantar borang?

J2: Individu yang layak adalah

  1. Mempunyai satu punca pendapatan sahaja iaitu pendapatan penggajian di bawah seksyen 13 ACP 1967. Walau bagaimanapun sekiranya individu menerima pendapatan penggajian bersama manfaat berupa barangan atau nilai tempat kediaman, individu itu perlu kemukakan BNCP; 
  2. PCB dipotong mengikut KKCP (Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan); 
  3. Berkhidmat selama 12 bulan dalam tahun taksiran dengan majikan yang sama;
  4. PCB tidak ditanggung oleh majikan dalam tahun taksiran tersebut; dan 
  5. Suami atau isteri tidak membuat pilihan untuk ditaksir bersama di bawah seksyen 45 ACP 1967. 

S3: Adakah pembayar cukai dikehendaki mengemukakan borang BNCP sekiranya tidak memenuhi kriteria-kriteria PCB Cukai Muktamad?

J3: Ya. Layanan ini tidak terpakai kepada pekerja berikut:

  1. Bekerja dengan lebih daripada satu majikan;
  2. Tempoh penggajian kurang daripada 12 bulan (Januari - Disember)
  3. Cukai ditanggung oleh majikan; 
  4. Taksiran Bersama 
  5. Mempunyai saraan Manfaat Berupa Barangan (MBB) dan Nilai Tempat Kediaman (NTK); atau 
  6. Pembayar cukai yang ingin menuntut bayaran balik atau menuntut pelepasan atau rebat.

S4: Adakah pembayar cukai yang mempunyai pendapatan sewa atau dividen perlu mengemukakan borang?

J4: Ya. Pekerja/pembayar cukai yang menerima punca pendapatan selain penggajian seperti sewa, pendapatan dividen, terima bayaran komisen yang tiada potongan PCB adalah tidak memenuhi kriteria-kriteria PCB Cukai Muktamad dan perlu mengemukakan borang BNCP sebelum atau pada 30 April.

S5: Apakah tindakan yang boleh dilakukan sekiranya pembayar cukai mendapati potongan PCB sebagai Cukai Muktamad adalah tidak betul/tepat semasa penerimaan borang EA/EC?

J5: Pembayar cukai boleh memilih untuk mengemukakan borang bagi menyemak penentuan PCB yang dipotong oleh majikan. Sekiranya penentuan PCB sebagai Cukai Muktamad dan cukai dalam borang adalah tidak sama, pembayar cukai boleh memilih untuk mengemukakan borang sebelum atau pada 30 April.

S6: Adakah pembayar cukai dikenakan penalti lewat mengemukakan BNCP jika mengemukakan borang selepas 30 April tahun berikutnya untuk menuntut potongan, pelepasan atau rebat tambahan walaupun pembayar cukai memenuhi kriteria tidak perlu mengemukakan BNCP?

J6: Ya. Penalti lewat di bawah Seksyen 112(3), ACP 1967 akan dikenakan. Jumlah penalti akan ditolak dengan jumlah bayaran balik (Jika ada) yang layak dituntut.

Apa yang saya kongsikan di atas adalah sebahagian dari isi kandungan lampiran di bawah mengenai persoalan Cukai Muktamad. Jika anda seorang kakitangan awam mahupun swasta, anda wajar mengetahui serba sedikit mengenai Cukai Muktamad ini untuk mengelakkan anda dari terlebih bayar cukai yang sepatutnya.


Jadikan diri anda sebagai seorang yang celik pembayar cukai. Sertai kursus-kursus atau bengkel yang ada disediakan untuk memahami selok-belok mengenai cukai ke atas pendapatan dan penggajian. Ada orang yang tidak berapa faham mengenai beberapa konsep, keperluan, dan juga hak anda sebagai pembayar cukai.

Semoga artikel ini bermanfaat sedikit sebanyak. In Sha Allah.

COMMENTS

BLOGGER: 4
Loading...

Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,73,Abah Blogger,38,Advertorial,131,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,39,advertorial 2015,7,ARTIKEL KEHIDUPAN,7,ARTIKEL KEKELUARGAAN,7,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,148,Bicara Minda,72,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,76,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,56,Buat Duit Online,371,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,44,Contest 2014,16,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,diskaun saman PDRM,2,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,817,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,356,FAKTA MENARIK,106,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,26,Giveaway,9,Hari Raya,57,Hartanah,60,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,House Husband,599,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,59,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,36,Info GST,14,Informasi,553,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,9,Inspirasi,16,Inspiration,4,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,46,Kekeluargaan,149,Kempen,5,Kerja Dari Rumah,101,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,58,KISAH KELUARGA,49,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,22,KONGSI PETUA,2,KTM,17,Lawak Blogger,38,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,393,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,11,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,434,Panduan Adsense,19,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,4,PDRM,1,Pelaburan,29,Pendapat,31,Penghargaan Dari Bloggers,8,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,92,Percutian Keluarga,14,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,18,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,57,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,533,Semesti,2,SENI,3,Shopping,133,Shopping Online,4,Sihat Cantik,8,SIHAT SOKMO,17,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Menarik,209,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,116,Tips Blogging,327,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,83,Tips Dapur,53,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,132,VIDEO,125,Video Best,53,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,117,Work From Home,11,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM™ - Family Oriented Lifestyle Blog: 6 Perkara Perlu Tahu Mengenai PCB (Potongan Cukai Bulanan) & Cukai Muktamad LHDN
6 Perkara Perlu Tahu Mengenai PCB (Potongan Cukai Bulanan) & Cukai Muktamad LHDN
Perkara Perlu Tahu Mengenai PCB (Potongan Cukai Bulanan) LHDN dan Cukai Muktamad
https://3.bp.blogspot.com/-ouAwIitkYzY/WA830-AYeiI/AAAAAAAAVdU/1AtL3gMnMMoaBxcW2spdot53EdvNhN0xgCLcB/s1600/perkara-mengenai-pcb-cukai-muktamad.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-ouAwIitkYzY/WA830-AYeiI/AAAAAAAAVdU/1AtL3gMnMMoaBxcW2spdot53EdvNhN0xgCLcB/s72-c/perkara-mengenai-pcb-cukai-muktamad.jpg
HASRULHASSAN.COM™ - Family Oriented Lifestyle Blog
https://www.hasrulhassan.com/2016/10/perkara-perlu-tahu-mengenai-pcb.html
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/2016/10/perkara-perlu-tahu-mengenai-pcb.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Muatkan Semua Post Tidak ditemui sebarang post PAPAR SEMUA Seterusnya Balas Batal balas Padam Oleh Utama LAMAN POST Papar Semua PILIHAN KHAS UNTUK ANDA TAG ARKIB SEARCH SEMUA POST Tidak ditemui sebarang post berkaitan Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogs Sep Okt Nov Dis sebentar tadi 1 minit lalu $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Semalam $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy