Hari Pelepasan AM Negeri Perak 2017. Merancang untuk bercuti ke negeri Perak pada tahun 2017? Atau anda seorang warga Perak yang mencari tarikh dan masa sesuai untuk bercuti holiday getaway pada tahun 2017? Saya sukacita nak kongsikan jadual hari pelepasan AM dan cuti untuk negeri Perak bagi tahun 2017.

Jadual cuti dan hari pelepasan AM negeri Perak 2017 ini telah dikeluarkan dan dikemaskini oleh SUK Negeri Perak pada 18 Oktober 2016. Menerusi jadual terkini hari pelepasan AM negeri Perak untuk tahun 2017, disenaraikan empat cuti atau pelepasan AM untuk negeri Perak, dan 12 cuti atau pelepasan AM daripada Kerajaan Persekutuan.

Jadual Hari Pelepasan AM dan Cuti Negeri Perak 2017

Hari Pelepasan AM Negeri Perak 2017
Berikut adalah jadual yang memaparkan tarikh hari pelepasan AM dan cuti untuk negeri Perak bagi tahun 2017 seperti yang telah dikemaskini oleh SUK Negeri Perak di Portal Rasmi Kerajaan Perak.

Hari-Hari Kelepasan Am Negeri
i)Tahun Baru 20171 Januari2017Ahad
ii)Hari Thaipusam9 Februari2017Khamis
iii)Hari Nuzul Al-Quran12 Jun2017Isnin
iv)Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan3 November2017Jumaat
Hari-Hari Kelepasan Am Persekutuan
i)Tahun Baru Cina (2 hari)28 dan 29 Januari2017Sabtu - Ahad
ii)Hari Pekerja1 Mei2017Isnin
iii)Hari Wesak10 Mei2017Rabu
iv)Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong3 Jun2017Sabtu
v)Hari Raya Puasa (*) (2 hari)25 dan 26 Jun2017Ahad - Isnin
vi)Hari Kebangsaan31 Ogos2017Khamis
vii)Hari Malaysia16 September2017Sabtu
viii)Hari Raya Qurban (*)1 September2017Jumaat
ix)Awal Muharram (Maal Hijrah)21 September2017Khamis
x)Hari Deepavali (*) 18 Oktober2017Rabu
xi)Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul)1 Disember2017Jumaat
xii)Hari Krismas25 Disember2017Isnin

Saya harap perkongsian saya ini boleh dijadikan rujukan awal untuk membolehkan anda merancang aktiviti pada tahun 2017.

Saya sendiri akan gunakan jadual ini untuk percutian keluarga, dan menempah tempat penginapan ... khususnya Rumah Peranginan Persekutuan yang selalunya penuh jika lambat. Dan boleh juga gunakan untuk merancang tempahan hotel dan chalet untuk bercuti menerusi Agoda dan Trivago untuk mendapatkan diskaun potongan untuk tempahan awal.

Kongsikan pada yang lain ye. Inilah peluang untuk luangkan masa lebih dengan keluarga. Ada cuti, bolehlah pergi mana-mana tempat menarik di Malaysia ni.

Untuk negeri-negeri lain, boleh rujuk post berikut yang telah disediakan - Jadual Pelepasan dan Cuti AM Persekutuan dan Negeri 2017


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement