Skim Pinjaman Perumahan (SPP) diuruskan melalui akaun tabung amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah. Kumpulan wang ini telah diluluskan pada 17 Disember 1975 di bawah Akta Acara Kewangan 1957 (pindaan 1972) dan mula berkuatkuasa pada tahun 1976.
Borang Permohonan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) KPKT Untuk Bukan Kakitangan Kerajaan & Berpendapatan Rendah
SPP diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri. Skim ini adalah salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini sekurang-kurangnya mempunyai tempat kediaman yang asas.Untuk memohon, ada dua cara boleh dilakukan, iaitu permohonan secara online menerusi portal EHome yang diuruskan oleh KPT atau menerusi borang permohonan yang telah disediakan di bawah ini.
Muat Turun Borang SPP
Borang ini adalah percuma. Anda boleh terus cetak borang ini atau muat turunnya ke dalam komputer. Hanya klik pada kekotak bertanda anak panah pada bucu borang dipaparkan di bawah ini.Sebelum anda memuat-turun borang Permohonan Pinjaman Perumahan KPKT ini, sila pastikan anda menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Syarat-Syarat Pinjaman
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 hingga 60 tahun
- Bukan kakitangan Kerajaan (termasuk pasangan)
- Belum mempunyai rumah
- Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM750 hingga RM2,500.00
- Had Pinjaman Maksimum RM45,000.00 (tidak termasuk insuran)
- Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat (cth : ibu, bapa, adik-beradik, suami atau isteri, ibu atau bapa saudara)
- Perlu mengambil pelindungan insuran yang disediakan oleh panel Insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina.
Syarat Cagaran Tanah
- Tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah.
- Nilai tanah berdasarkan penilaian Jabatan Perkhidmatan Penilaian Harta (JPPH) tidak kurang daripada jumlah pinjaman.
- Bagi tanah milikan secara pajakan:
- Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun.
- Mendapat kelulusan kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri.
Syarat Pembinaan
- Rumah kos rendah - keluasan lantai 700 – 1000 kakipersegi,
- Sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.
- Menggunakan pelan seragam yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara atau pelan sendiri dengan mematuhi syarat di perenggan (i).
- Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan.
Pakej Pinjaman
Terdapat 2 jenis pakej pinjaman iaitu:- Pinjaman Konvensional
- Pinjaman Berkonsepkan Syariah (Bai’ Bithaman Ajil)
Cara Hantar Borang
Borang yang telah lengkap diisi mestilah dihantar ke alamat yang telah dinyatakan di bahagian awal borang permohonan. Sila buat semakan sebelum anda hantar borang permohonan pinjaman perumahan (SPP) ini, menerusi senarai semak yang disediakan di dalam borang.[Baca] Skim Jaminan Pinjaman Perumahan Untuk Golongan Bekerja SendiriJika anda merasakan rumit untuk mengisi dan menghantar borang permohonan, anda boleh sahaja membuat permohonan secara online menerusi pautan ini - EHOME KPKT - Skim Pinjaman Perumahan
Dan sebagai info tambahan, saya sertakan sekali ansuran bulanan yang perlu anda bayar pada setiap bulan menerusi skim ini.
Jadual Bayaran Ansuran Bulanan Skim Pinjaman Perumahan (SPP)
Pembayaran Balik Pinjaman SPP
Pembayaran balik pinjaman perumahan SPP ini boleh dilakukan menerusi kaedah-kaedah berikut:- Menerusi wang pos/kiriman wang/bank deraf
- Menerusi pembayaran online FPX bank-bank tempatan
- Bayaran menerusi kaunter di kaunter pembayaran SPP KPKT di Putrajaya
Semoga informasi ini akan dapat membantu mereka yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan pinjaman perumahan ....
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.