Traveloka Banner

6 Cara Nak Popularkan Blog

Bagaimana cara untuk mempopularkan blog anda? Ramai blogger baru yang bertanyakan perkara ini menerusi email. Mereka nak tahu cara nak popularkan blog. Mereka mahu diri mereka sebagai blogger diketahui. Mereka mahu kehadiran blog mereka disedari.

6 Cara Untuk Popularkan Blog

Cara Nak Popularkan Blog
Secara amnya, saya boleh katakan sebuah blog yang popular akan ada dua perkara ini:
  • Komen yang banyak pada entri
  • Backlink ke blog tersebut
  • Jumlah pengikut yang ramai
Aha ... so kalau ikut ukuran itulah, camna nak kasik ia popular? Blog kena popular supaya isi kandungannya dicapai oleh mereka yang mencarinya. Andai blog itu adalah platform bagi diri anda untuk meluahkan pemikiran dan pendapat anda, mesti ia mengujakan bila idea anda itu dibaca dan diberi respon oleh mereka. Jadi, ia perlu popular agar apa yang anda cuba sampaikan .... disampaikan.

Apa juga perkara yang melibatkan pihak ketiga iaitu penerima atau boleh dikatakan pelanggan akan melibatkan promosi. Anda perlu promot blog anda supaya ia jadi terkenal. Anda perlu promot blog anda jika ada perkara yang ingin anda sampaikan. Anda perlu promot blog anda jika anda fikir ada ilmu yang patut dikongsi. Anda perlu promot blog anda jika isi kandungan blog anda ialah mengenai pengalaman anda yang mungkin boleh dijadikan rujukan dan pedoman buat orang lain.

Gunakan 6 Tips Berikut Untuk Popularkan Blog

Bagaimana nak promot blog? Ada banyak cara .. cara paling senang ialah:

  1. Buat Exchange Banner - kalau rajin dan kreatif, buat banner atau badge yang menarik dan simple. Anda sesetengah orang suka hias blog dengan banner exchange ini. Jadi untung jika banner atau badge anda cun .. mesti ramai yang akan klik.
  2. Komen pada blog orang lain. Jika ingin orang kenal anda .. perkenalkan dulu diri anda ... tempatkan diri anda dalam ruangan komen blog orang lain yang lebih popular. Sentiasa berikan diri anda masa untuk kemukakan pendapat dan komen bernas. Pastu akan ada yang tertarik dengan pendapat anda dan cuba kenali anda menerusi blog.
  3. Buat contest simple. Anda boleh dapat backlink dengan mudah dengan cara ini.
  4. Iklan cara konvesional. Beli ruang iklan .. sudah tentu. Pastikan ia diletakkan di laman web atau ruangan yang ramai orang tengok .. pasti berjaya.
  5. Masuk contest dan segmen blog2 yang popular.
  6. Sentiasa update blog entri anda ...

Ok .. itu tips yang saya terfikirkan nak buat blog anda popular dan dikenali ...cubalah. :) Mana tau .. untung2 leh masuk muka depan akhbar tempatan. Wow .. HEBAT!




Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

29 Comments

  1. thankyou :)
    nasihat yg sgt berguna utk newbie mcm sha,
    tp sha nak tnye, backlink 2 mcm mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Backlink tu adalah link yang diberikan oleh kita kepada blog atau laman web orang lain, dan begitulah sebaliknya.

      Delete
  2. terima kasih bangku kosong....nama saya alief..dan alief sangat perlu tips2 macam ni..bangku kosng,,alief nak tanya..back link tu ape ek??huhu..alief kurang faham..apa itu give away??huhu..sorry r..alief baru lagi dlm dunia blogging..huhu..

    ReplyDelete
  3. gud info!!~ tapi xmo r sampai masuk muka depan.hehehe..juz suka2 luahan hati dan hobi..tp info tu bagus utk blogger yang berwawasan..jadikan KAK RED idola...fuhh..ribu riban masyuuuukkk!!

    Jom mai singgah my blog....klik je link mummylovers blog ini

    ReplyDelete
  4. tahniah anda masuk intrend seperti saya juga.. selamat berblogging.. saya suka tips bloggiing dr kamu :)

    ReplyDelete
  5. thanks for the tips!
    sesuai utk a picisan blogger mcm saya ;)

    ReplyDelete
  6. Setuju sangat dengan tips ni. Tahniah. Patut le makin lebat je followers tu.

    ReplyDelete
  7. @Wan Hashim Makin bertambah ke? Adehh tak sedar la .. hehehe

    ReplyDelete
  8. Terima kasih empunya blog, saya masih baru dan berusaha utk popularkan blog saya... Tqvm

    ReplyDelete
  9. Hump...saya dah try buat...tp still x berjaya...xpelah..berserah saja..:'(...x harp pun popular..

    ReplyDelete
  10. Syuhada Baharudin8 July 2013 at 02:05

    terima kasih tuan atas perkongsian tips ini. sangat bermanfaat utk pendatang baru spt saya. :)

    ReplyDelete
  11. Ilmu yang berguna...tips2 menarik..nak cuba buat. TQ

    ReplyDelete
  12. tq encik ats perkongsian....
    sy budak bru belajar..
    jom ke http://warnawarniituindah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. banyak yg akak belajar dari sini..terimakasih

    ReplyDelete
  14. Syukran di atas tips yang amat berguna ni:)

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas perkongsian yang sangat baik
    Taqwathealth.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. Terima kasih tips ini bro HH. Banyak dapat belajar dari bro HH.

    ReplyDelete
  17. Buat juga tapi takpe la.. blog yang isinya biasa-biasa ni tak sepopular mana la.. janji ada orang baca entry yang ditulis...

    ReplyDelete
  18. Buat juga tapi takpe la.. blog yang isinya biasa-biasa ni tak sepopular mana la.. janji ada orang baca entry yang ditulis...

    ReplyDelete
  19. btoi saya setuju tips yg hh kongsikan...kesemua berguna!

    ReplyDelete
  20. blog orang kampung datang membaca..tips yang bagus

    ReplyDelete
  21. terasa nak buat contest kat blog ceritaejoy, tapi takut tak dapat sambutan. hmm..

    Jemput singgah ya : http://www.ceritaejoy.com/2016/10/siapa-pemenang-piala-malaysia-2016.html

    ReplyDelete
  22. Follower saya 50 ketui tu ja tak bertambah pun huhu..

    Ada juga dapat offer masuk akhbar tapi mereka nak gambar besar saya dimasukkan hoho... tak sanggup lagi buat masa ni. Segan.

    ReplyDelete
  23. InsyaAllah akan dipraktiskan. Terima kasih atas tips ini.Saya pun baru juga dalam arena 'blog' 'memblog' ni.

    ReplyDelete
  24. thanks for the tips..saya ni pon bru start smula blog sbb busy study..nipon baru abis exam...jemputlah ke blog saya swintersyeera.blogspot.com

    ReplyDelete
  25. 2)Komen pada blog orang lain. Jika ingin orang kenal anda .. perkenalkan dulu diri anda ... tempatkan diri anda dalam ruangan komen blog orang lain yang lebih popular. Sentiasa berikan diri anda masa untuk kemukakan pendapat dan komen bernas. Pastu akan ada yang tertarik dengan pendapat anda dan cuba kenali anda menerusi blog.
    So,sy sbg seorang blogger baru(yg buta IT) akan ambik nasihat yg nombr 2 tu. Sy rase yg tu paling simple. Kiki(btw,sorry copy paste)

    ReplyDelete
  26. hi , sy blogger baru , berminat juga nak cerita pengalaman kan , so dari blog , jemputlah visit blog yang tak seberapa ni :)

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.