Cabaran dalam Toyota Eco Youth (#TEY) ini telahpun berakhir pada 29 September 2016 di Concorde Hotel Shah Alam dengan menampilkan sebanyak 14 penyertaan daripada sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tema untuk tahun 2016 ialah Pengurusan Pepejal.
Toyota Eco Youth (#TEY) Lahirkan Idea Muda Menyintai Alam Sekitar
Saya sebagai salah seorang yang pernah terlibat dalam beberapa projek kecil Pengurusan Pepejal semasa menjadi penyelidik di USM melihatkan usaha menerusi TEY ini sangat-sangat bermanfaat. Apatah lagi ia satu program untuk menggalakkan para pelajar mengambil tanggungjawab terhadap permasalahan pengurusan sisa pepejal di dalam komuniti mereka.TEY Platform Terbaik Menanam Rasa Cinta Alam Sekitar Dari Peringkat Sekolah Menengah
Majlis penutupan TEY dan penyampaian hadiah kepada para pemenang cabaran telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah (Kanan) Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan, Roslina Mohd Roslin. Ia turut dihadiri oleh Encik Akio Takeyama, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor dan juga Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor.Menurut Datuk Ismet Suki, UMW Toyota Motor telah mengaplikasikan segala praktik terbaik agar memastikan bahawa operasi Toyota memberikan impak yang sedikit kepada alam sekitar. Dengan adanya TEY, golongan belia khususnya pelajar sekolah menengah dapat menanam rasa cinta kepada alam sekitar dengan lebih mendalam. Golongan ini ada pemikiran yang dinamik, kreatif, berani dan paling penting sentiasa terbuka dengan idea dan konsep.
TEY bukan sahaja membolehkan pelajar-pelajar ini merealisasikan idea cintai alam sekitar, malah mereka dapat belajar untuk berfikir di luar kotak, bekerjasama dan mencari penyelesaian untuk sesuatu masalah.
Pengurusan pepejal sememangnya menjadi isu sejak dari dahulu lagi. Dan apa yang dilakukan oleh pihak UMW Toyota ini seharusnya diambil peluang oleh lebih banyak pelajar dan sekolah serta guru di Malaysia.
Info Berkaitan Toyota Eco Youth (TEY)
Toyota Eco Youth adalah salah satu daripada program CSR UMW Toyota yang diadakan saban tahun. Ia melibatkan penglibatan pada peringkat komuniti termasuk majlis perbandaran tempatan, agensi kerajaan, ketua-ketua komuniti, selain daripada orang ramai dan syarikat persendirian.Sehingga ke saat ini, program ini telah memberikan impak positif kepada lebih 1,500 pelajar dan guru dari 209 buah sekolah di Malaysia. Dan pada tahun ini, TEY menyediakan hadiah berupa wang tunai sebanyak RM10,000 untuk sekolah yang berjaya menghasilkan idea dan kreativiti untuk pengurusan sisa pepejal,
Ganjaran Wang Tunai Untuk Peserta TEY
Manakala di tempat kedua dan ketiga, masing-masing akan diberikan ganjaran hadiah wang tunai sebanyak RM7,000 dan RM5,000. Selain itu, TEY juga menyediakan hadiah untuk Persembahan Terbaik, Pameran Terbaik, dan Blog Terbaik. Malah guru yang membimbing juga diberikan ganjaran untuk program ini.Dan untuk TEY 2016, penyertaan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Kenari, Kulim, Kedah telah dinobatkan sebagai juara, sekali gus membawa pulang wang tunai RM 10,000. Manakala, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh SMK Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, Jerantut, Pahang dan SMK Putrajaya Presint 16 (1).
Syabas buat sekolah-sekolah dan mereka yang telah berjaya dan menerima hadiah. Dan tahniah juga kepada mereka yang telah terlibat di dalam Toyota Eco Youth (TEY) 2016. Moga usaha ini akan memberikan kesan dan impak positif serta lebih besar di masa akan datang.
Foto Sekitar Majlis Penutupan TEY 2016
Saya kongsikan sedikit beberapa gambar para pemenang dalam cabaran Toyota Eco Youth 2016 ini ..Tahun depan harapnya lebih banyak akan ambil bahagian, supaya lebih banyak idea hebat untuk kesejahteraan alam sekitar dapat diketengahkan.
Bagus buat program macam ni. Boleh bagi kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.