Permohonan Kemasukan ke MRSM Form 1 dan Form 4 2017
Untuk syarat am kemasukan ke MRSM 2017 bagi pelajar Tingkatan 1; calon mestilah sekurang-kurangnya mendapat keputusan minimum 5A dalam UPSR 2016 bagi calon Semenanjung manakala minimum 4A bagi calon pelajar dari Sabah serta Sarawak. Semua calon UPSR 2016 wajib mendapat keputusan A untuk subjek Sains dan Matematik.Untuk syarat am kemasukan ke MRSM 2017 bagi pelajar Tingkatan 4; calon mestilah sekurang-kurangnya mendapat keputusan dengan gred 7A 3B bagi Semenanjung manakala minimum 6A bagi calon pelajar dari Sabah serta Sarawak. Calon juga wajib mendapat keputusan A bagi subjek Sains dan Matematik.
Borang Permohonan Kemasukan ke MRSM 2017
Permohonan kemasukan ke MRSM 2017 ini hanya terbuka untuk Bumiputera sahaja. Untuk maklumat lanjut serta borang kemasukan ke MRSM 2017, sila layari laman web ww.mara.gov.my mulai 13 September 2016.Saya kemungkinan besar akan memohon untuk memasukkan anak sulong saya ke MRSM 2017 ini. Apapun, semuanya bergantung dengan keputusan UPSR 2016. Lagipun, kalau ikut syarat keutamaan, ia akan berikan peluang untuk masuk MRSM kepada keluarga yang berada di luar bandar ...huhuhu.
Doa-doakanlah ye.