Kontest ringkas Komentor Ngetop akan bermula dari 12 September dan berahir pada 30 September 2016. Ia adalah sempena hari ulangtahun blog ini yang ke 5 tahun. Ia juga bertujuan untuk memastikan anda menggunakan sistem Google Profile dengan cara yang betul dan bertanggungjawab. :)
Menangilah Wang Tunai Sehingga RM30 Dalam Kontest Komentor Ngetop
Perancangan saya dah lama, tetapi atas sebab-sebab tertentu dan kesibukan dalam banyak perkara, saya terpaksa tangguh sehinggalah Allah S.W.T berikan kelapangan ini. Ia juga adalah salah satu cara untuk menambah engagement di blog ini menerusi komen-komen pembaca.Jika ikut perancangan asal, saya mahu menggunakan sistem komen Facebook untuk pilih komentor ngetop, tetapi akhirnya saya ambil keputusan untuk menggunakan sistem native komen blogspot untuk 'kontest' ini.
Cara Nak Menang Hadiah Komentor Ngetop
Ok. Bagaimana nak menyertai dan menang hadiah untuk komentor ngetop?Di bawah ini adalah syarat-syarat atau perkara yang perlu anda tahu untuk melayakkan anda menang hadiah wang tunai komentor ngetop di blog ini.
- Terbuka kepada pembaca Warganegara Malaysia sahaja.
- Mesti mempunyai akaun Google (sistem login Google Profile digunakan untuk komen)
- Follow Google Page +HASRULHASSAN.COM (https://plus.google.com/+Hasrulhassan)
- Komen anda perlu berkaitan dengan tajuk entri kerana saya mahukan komen yang bernas dan boleh berikan impak baik kepada pembaca yang lain.
- Pastikan komen anda itu lebih daripada 5 patah perkataan.
Penting Untuk Tinggalkan Komen
Untuk komen di blog ini, anda perlu pastikan bahawa anda membaca blog ini menerusi desktop komputer/laptop atau jika menggunakan peranti mobile - pastikan anda membaca dalam paparan lebih dari 384pixel (kalau guna smartphone, kena melintang). Sistem komen blog tidak akan terpapar jika anda baca blog ini pada skrin kecil (<384 px).Hadiah Komentor Ngetop
Hadiah wang tunai bernilai dari RM10 - RM30 untuk 2 orang pemenang akan dipilih setiap minggu. Jumlah wang tunai kepada setiap pemenang berbeza setiap minggu. Dan setiap komentor boleh menang lebih dari sekali andai terpilih menjadi dua orang paling banyak komen di blog ini.- Minggu pertama - 12 hingga 16hb September 2016
- Minggu kedua - 19 hingga 23hb September 2016
- Minggu ketiga - 26 hingga 30hb September 2016
Pemilihan Pemenang
Pengumuman pemenang akan dilakukan pada bulan Oktober 2016. Pemenang dipilih berdasarkan jumlah komen tertinggi yang ditinggalkan di dalam blog ini mengikut minggu contest di atas.Keputusan adalah muktamad, dan saya sendiri akan memilih pemenang komentor ngetop menggunakan sistem komen blogspot. Saya akan menghubungi para pemenang menerusi Google Profile anda,
Jadi, kena pastikan profile Google anda lengkap. Contoh seperti ini: +Fadzi Razak atau +Haffizul Iskandar , pun begitu saya akan juga maklumkan pemenang di blog ini dalam satu entri khas nanti.
Semoga 'kontest' ini berjalan dengan baik, dan saya mengharapkan rakan-rakan pembaca sudi memberikan komen, buah fikiran, perkongsian, dan apa jua respon untuk isi kandungan blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda semua dan semoga berjaya menjadi komentor ngetop! Meh terus follow blog ini ye, pastikan ia berwarna biru ... huhu.
WOW MENARIK TUE, IN SHA ALLAH JM CUBA...
BalasPadamLa baru tahu macam mane nak komen dekat blog hh ni
BalasPadam...harap sy nanti jadi pemenang pengomen paling banyak...hihi ni google plus je ke leh kuar.?
Bolehlah lepas juga top up ni haha..
BalasPadamok baru perasan ada kontest macam ni. hehehe lama pulak tak mengomen kat blog
BalasPadamwah... dah tau, tapi sekarang baru sempat nak baca sepenuhnya dan tinggalkan komen juga.
BalasPadammenarikk..nak kena join ni.
BalasPadamBaru tahu ada contest ni. Macam menarik juga nak join bro HH. Terima kasih.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.