Ramai blogger baru khususnya suka meletakkan pelbagai jenis font. Di dalam entri font lain, di sidebar font lain, di footer blog font lain. Malah, kadangkala dalam sebuah entri pun ada 3-4 jenis font digunakan. Itu belum lagi digambarkan dengan warna-warna font yang pelbagai.
Harus diingatkan bahawa kita buat blog untuk dibaca oleh orang lain. Mungkin ada yang buat blog hanya untuk tatapan sendiri - perlu private access blog; jadi tips blogging ini mungkin tidak terpakai. Tetapi, buat mereka yang benar-benar mahu blog dibaca terus-menerus oleh pengunjung, maka pemilihan jenis font perlulah sesuai dengan blog.
Gunakan 3 Jenis Font Sahaja

Perkara Utama Memilih Jenis Font Dalam Blog
Cuba elakkan menggunakan lebih daripada 3 jenis font di dalam blog. Perkara utama apabila memilih dan menggunakan jenis font di dalam blog ialah:- Jika guna beberapa jenis font, pastikan ia dapat membezakan kepentingan sesuatu topik di dalam blog.
- Pilihlah font yang mudah dibaca, tetapi menarik.
- Cuba gunakan jenis font yang mempunyai 3 jenis 'kekuatan' - normal, bold dan italic.
- Font yang boleh diubah saiz tanpa mencacatkannya.
- Font yang mesra pada mata pembaca.
Panduan Khas Untuk Menggunakan Lebih Daripada Satu Jenis Font
Seandainya memilih lebih daripada satu jenis font di dalam blog, saya syorkan anda lakukan seperti ini:- Font 1 digunakan untuk tulisan di dalam entri dan tulisan am dalam blog, seperti di sidebar dan juga di bahagian footer blog.
- Font 2 digunakan untuk tulisan pada tajuk entri, tajuk-tajuk kecil dalam post dan tajuk sidebar (sidebar name)- iaitu untuk membezakan H tag sesuatu entri.
- Font 3 digunakan untuk selain disebutkan di atas.
Saya harap entri ini dapat membantu ramai rakan blogger mengemaskini blog dengan penampilan terbaik. Bukan sekadar untuk blog kelihatan cantik dan menarik, tetapi juga mudah dibaca dan disenangi pengunjung secara umumnya.
Selamat mencuba.