Laman web lebih berstruktur, dan lebih direct pengisiannya. Berbeza dengan blog yang lebih banyak bercerita dan berkongsi ilmu, fakta, pengalaman dan juga testimonial. Kalau anda mahu benar-benar menjual, maka sebagai seorang usahawan anda perlukan sebuah laman web perniagaan, dan paling baik ialah mempunyai laman web yang lengkap dengan ciri-ciri SEO yang memudahkan ia dijumpai di enjin carian terkenal.
3 Cara Pantas Bina Laman Web Perniagaan
Jadi, bagaimana nak bina sebuah laman web perniagaan yang baik? Ada 3 cara pantas dan mudah untuk anda hasilkan sebuah laman web perniagaan anda sendiri.Bina Laman Web Perniagaan Dengan Blogspot
Blogspot adalah satu platform percuma untuk anda menghasilkan blog sendiri. Tetapi, jika anda seorang yang pandai dan bijak dalam mengubahsuai template blogspot, anda mungkin akan dapat hasilkan sebuah laman web canggih hanya dengan menggunakan platform percuma ini.Tetapi, saya ingin ingatkan bahawa ... nak hasilkan sebuah laman web perniagaan daripada blogspot bukannya sesuatu yang mudah. Anda perlu mahir dengan HTML dan XHTML, dan kena pandai juga mengadaptasi script untuk beberapa fungsi bagi sebuah laman web perniagaan.
Ia pantas, sebab dengan beberapa klik sahaja, anda sudah ada laman web perniagaan sendiri menerusi blogspot, tetapi ia belum tentu cukup sempurna.
Menggunakan Platform Wordpress.com
Salah satu platform untuk bina blog dan laman web yang sememangnya popular. Saya sendiri pernah wujudkan laman web sendiri daripada Wordpress. Ianya percuma, dan seperti juga blogspot, hanya dengan beberapa klik sahaja, anda dengan pantas sudah boleh memiliki sebuah laman web perniagaan sendiri.Namun, seperti mana kebanyakkan servis percuma bina laman web dan blog, ada had dan batasan tertentu yang hanya boleh anda peroleh andai anda rajin nak explore. Ia akan makan masa untuk anda dalami dan dapatkan sebuah laman web perniagaan yang bagus, lengkap dengan ciri-ciri terbaik dan mesra SEO.
Gunakan Khidmat Bina Laman Web
Kalau anda tidak mahu pening kepala, mahu pakar yang hasilkan untuk anda sebuah laman web perniagaan yang bagus, maka anda boleh mengambil servis membina laman web ini.Ada banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini. Kelebihan menggunakan servis mereka ialah, anda tidak perlu susah payah nak fikirkan mengenai rekabentuk laman web perniagaan anda sebab mereka sudah ada banyak template yang boleh mereka ubahsuai untuk keperluan bisnes online anda.
Dengan khidmat bina laman web perniagaan ini, anda sudah boleh memiliki sebuah laman web bisnes anda dengan pantas, lengkap dengan ciri-ciri SEO dan paling penting ia ada segala keperluan untuk sebuah laman web perniagaan - yang memudahkan anda untuk pasarkan produk anda secara online, dan in Sha Allah, 90% automatik.
Jika anda menggunakan blogspot atau wordpress, anda perlu beli domain sendiri untuk penjenamaan laman web bisnes anda. Tetapi menerusi servis bina laman web perniagaan, segalanya itu telah diuruskan .. termasuk sekali dengan hosting. Malah, laman web milik perniagaan anda akan nampak lebih profesional dan menyakinkan jika dibandingkan dengan blogspot atau wordpress percuma.
Laman Web Perniagaan Perlu Mesra SEO dan Responsif
Paling penting sekali, laman web perniagaan anda perlu responsif atau dengan kata lain .. ia cantik, menarik, dan kekal nampak pro walau diakses dari mana-mana medium seperti tablet, dekstop, laptop, telefon pintar, iPhone, iPad, Galaxy Note, Nexus, Phablet dan macam-macam lagi ...Cuba anda lihat contoh-contoh laman web bisnes di bawah ini .. nampak menarik tak?
Jadi, macamana? Adakah anda mahu mempunyai sebuah laman web perniagaan yang ada ciri-ciri terbaik dan nampak profesional?
Jika berminat, anda boleh terus ke sini - https://www.websitemudah.com
Pilih pakej yang disediakan, dan serahkan kepada mereka yang pakar untuk bina dan sediakan laman web perniagaan anda dengan pantas, dan paling penting memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki untuk bersaing dengan jenama, syarikat, dan usahawan yang lain.
Pastikan bisnes dan produk anda sudah mempunyai sebuah laman web perniagaan yang mantap. Mahu pergi lebih jauh dalam bisnes yang serba mencabar ini .. wujudkan laman web perniagaan anda sekarang!
Dapatkan servis terbaik di sini - https://www.websitemudah.com
Semoga bisnes anda bertambah maju jaya. In Sha Allah.
Bagi yang tak ada masa nak buat sendiri website ni boleh cuba cara ni.
BalasPadamBina blog sendiri kini semakin mudah... yang penting rajin belajar dan tekun
BalasPadamLeYa dan suami, Otomen ada menyediakan perkhidmatan bina laman web
BalasPadamnasib ade suami boleh buatkan laman web ..tapi cm nk beli template baru..sebab dh bosan yang lama. 2tahun lbh dah
BalasPadamwww.organichana.com
sakarang ni...semakin mudah..cuma perlu ada modal..kalau xada buat sendiri pun boleh
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.