Wang Tunai RM1 Juta dan Pencen RM5 Ribu Untuk Pemenang Pingat Olimpik 2016
Atlet pertama Malaysia yang bakal menerima ganjaran hebat dari MSN ini adalah dua atlet ini iaitu gandingan penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong yang akan berkongsi ganjaran RM600,000, setelah berjaya menang pingat pertama negara, iaitu pingat perak dalam Sukan Olimpik Rio 2016.Mereka juga akan menerima pencen bulanan RM3,000 seorang sebagai ganjaran atas kejayaan yang mengharumkan nama negara dalam sukan Olimpik Rio 2016.

Nama Pandelela bukanlah nama asing dalam sukan tanahair. Ramai rakyat Malaysia yang kenal. Pandelela sebelum ini menjadi atlet wanita pertama Malaysia memenangi pingat di Sukan Olimpik apabila mendapat gangsa dalam acara 10m platform individu di edisi London 2012. Dah jadi antara fakta sejarah pun dalam buku teks Malaysia mengenai sukan.
Ibu bapa yang mungkin anak mereka galak dalam sukan .. mungkin kisah ini boleh dijadikan bahan untuk mereka maju jaya. Bukan sebab adanya insentif tu, tapi ia juga dapat beri kebanggaan kepada negara.
Lepas ni takkan dengar lagi bebelan ni ...
"Apa kau dapat dok belajar sukan-sukan ni .. bukannya leh dapat gaji pun ... baik kerja gomen, ada pencen .. macam-macam tu"
Huhu ... setiap usaha ada ganjaran. Pasti.
Tahniah kepada mereka yang berjaya mengharumkan nama negara. Terfikir juga, mana datang dana untuk pencen tu...
ReplyDeletewow tahniah2
ReplyDeletenak qualify Olimpik pun sikit punya susah tu..apatah lagi nak menang, berbaloi le kan
ReplyDeleteBestnyaaa. yang penting mereka bukan senang lenang nak dapat ganjaran tu, keringat dan air mata pasti menjadi peneman =)
ReplyDeleteUsaha yang berterusan mendapat ganjaran.
ReplyDeleteada usaha, ada hasil...
ReplyDeletenak hasil, bukannya senang2 datang bergolek..
tahniah. !
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.
**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**