Perghh .. kalaulah benar apa yang tersebar di media sosial mengenai PDRM bakal guna Honda Civic versi 2016 sebagai kereta peronda .. memang bergayalah. Saya pun teruja .... sebab adik saya sendiri berada di dalam PDRM sebagai peronda trafik .. hehehehe... manalah tahu kot-kot boleh tumpang duduk kat bahagian belakang.

Saya mendapat maklumat daripada laman web rakan blogger Paultan.org bahawa ada sumber yang mengatakan bahawa memang pihak PDRM sedang bercadang untuk naik-taraf kereta peronda polis Malaysia sedia ada, iaitu daripada model Proton Preve dan Inspira. Antara model dan jenama kereta yang menjadi perhatian pihak PDRM ialah Volkswagen dan juga Proton Suprima S.

PDRM Bakal Guna Honda Civic 2016 Sebagai Kereta Peronda Baru?

Apapun, samada benar atau tidak, kita lihat je gambar-gambar kereta Honda Civic 2016 yang telah 'ditransformasi' menjadi sebuah kereta peronda polis yang baru. Mengancam tak? .. huhuhu....
PDRM Bakal Guna Honda Civic 2016 Kereta Peronda?
PDRM Bakal Guna Honda Civic 2016 Kereta Peronda?
PDRM Bakal Guna Honda Civic 2016 Kereta Peronda?
Hebat .. memang hebat.

Kadar jenayah di Malaysia ni sukar dijangka. Kalau ikut statistik nampak macam menurun, tetapi kerap pula kita baca kisah jenayah di dada akhbar. Paling menakutkan, style guna tembak-tembak .. guna pembunuh upahan. Tapi itulah, penjenayah ni memang licik.

Sekadar Pendapat ... Dari Kereta Lebih Baik Motorsikal

Bagi pendapat sayalah, saya fikir elok pihak PDRM naik taraf motorsikal peronda atau banyakkan lagi peronda bermotorsikal.... sebab, macam kes tembak baru-baru ni ... penjenayah guna motorsikal sebab mudah nak larikan diri. Apatah lagi di kotaraya, di bandar besar macam KL, macam JB .. kesesakan kenderaan memang dah sinonim. Jadi, saya fikir guna motorsikal lebih praktikal untuk kejar penjenayah macam ni. dan lebih memudahkan pihak polis untuk sampai cepat ke satu-satu kawasan berlakunya jenayah.

Tu sekadar pendapat marhein sayalah. Tak leh pakai pun sebab tak guna fakta sangat... huhu.

Varian Honda Civic 2016 Bakal Jadi Kereta Peronda Polis

Ok, berbalik pada kereta peronda baru PDRM yang dikatakan akan gunakan kereta Honda Civic 2016 baru .. daripada apa yang disebut oleh Paultan.org, varian Honda Civic yang dipaparkan di dalam gambar di atas adalah dari varian 1.5L VTEC Turbo. Ia dijana oleh enjin 1.5 liter empat silinder VTEC Turbo berkuasa 173 PS pada takat 5,500 rpm dan tork maksima 220 Nm bermula 1,700-5,500 rpm, dipadankan dengan kotak gear CVT.

Wow .. memang berkuasa la tu. Bolehlah menyelinap dengan kelajuan maksima di lebuhraya dan jalanraya di Malaysia untuk pastikan jenayah dapat dibendung dengan sebaiknya. :)

Sumber: Paultan.org, FB Info Roadblock JPJ/Polis

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kalau negara luar, kereta polis mereka adalah daripada jenama besar. semua sport car sebab nak kejar kereta sport juga. hehehe. tapi saya bersetuju dengan cadangan menggunakan motosikal tu, boleh masuk semua lorong. kan?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement