Mahu Honor 8 percuma? Sertai kontest komen dan menang di Facebook dan anda mungkin menjadi pemilik pertama sebuah (dari dua) telefon pintar Honor 8 dari Huawei. Telefon pintar canggih serba baru dari Huawei ini dijangka akan berada di pasaran Malaysia mulai 5 September 2016.

Saya merupakan salah seorang pengguna telefon pintar dari Huawei. Saya sudah hampir setahun menggunakan Huawei Honor 7 yang saya beli secara online di Lazada Malaysia. Memang puas hati dan berbaloi. Jika anda teringin nak beli telefon Honor 7, jangan lupa baca dulu review ringkas saya di sini - 7 Sebab Mengapa Berbaloi Memiliki Honor 7

Kontest Komen dan Menang - Honor 8 Percuma

Kontest Komen dan Menang - Honor 8 Percuma
Dan setelah setahun, Huawei kini muncul dengan satu lagi telefon premium atau flagship serba baru iaitu Honor 8. Seperti biasa, Honor 8 baru didatangkan dengan performance yang cukup hebat, selain diberikan sentuhan craftsmanship 15-lapisan dan efek 3D yang menonjolkan kemasan mempersonakan. Paling menarik ialah ia mempunyai dua kamera 12MP yang dapat menangkap gambar dalam keadaan kurang cahaya dengan lebih detail dan pastinya cantik pada pandangan.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai telefon baru Huawei Honor 8 ini, anda boleh lihat spesifikasinya di sini - Honor 8

Kontest Komen dan Menang - 8 Sebab Kenapa Anda Layak Memiliki Honor 8

Ok, sekarang kepada perkara yang semua orang nak tahu - bagaimana nak dapatkan telefon Honor 8 ini secara percuma?
Kontest Komen dan Menang - 8 Sebab Kenapa Anda Layak Memiliki Honor 8
Menerusi FB Honor Malaysia, ada satu kontest sedang berlangsung iaitu Kontest Komen dan Menang Honor 8, anda hanya perlu nyatakan 8 sebab kenapa anda patut memiliki telefon Honor 8 ini secara kreatif di ruangan komen FB Honor Malaysia, dengan syarat utama ... anda perlu daftar percuma terlebih dahulu di VMall Malaysia.

Mudah je kan? Tarikh tutup untuk menyertai kontest ini adalah pada 2 September 2016.

Ada dua buah telefon Honor 8 disediakan untuk para pemenang yang bertuah, selain hadiah-hadiah saguhati yang lain. Jadi, jika anda mahu memiliki telefon Honor 8 serba baru yang sangat cantik ini ... bolehlah terus ikuti syarat-syarat diberikan.
  1. Daftar akaun percuma di VMall Malaysia
  2. Berikan 8 sebab kenapa anda layak memiliki Honor 8 di FB Honor Malaysia
  3. Ikuti FB Honor Malaysia dan nantikan pengumuman pemenang pada 7 September 2016

Jadilah antara yang bertuah untuk memiliki Honor 8 pertama serba baru di Malaysia. Mana tahu, rezeki dan tuah anda ...



14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ramai giler join kan... tgk la nanti kalau ada idea nak join jgk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la pasal .. susah gak tu derang nak pilih siapa yang layak.

      Padam
    2. Tapi tuah manusia siapa yang tahu kan? Rezeki Allah S.W.T nak beri .. dapat juga in Sha Allah

      Padam
  2. terima kasih sbb share..bertungkus lumus kerah idea nih..haha

    BalasPadam
  3. wahhhh..8 sebab...hurmmm...kena fikir idea kreatif nie...hihihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm tgk daripada penyertaan tu .. susah gak tu nak tulis paling kreatif

      Padam
  4. Wow hadiah dah best, mesti ramai yang join ni.

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Hadiah lumayan tu ... memang bestlah kalau menang honor 8 ni

      Padam
  6. Hurmm join beribu dah contest tapi sekali pun x penah memang hahaha sedihh sungguh hidup ini

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement