Alhamdulillah, saya dah pun cash-out income USD secara online daripada platfrom Narratrs. Masa yang diambil hanyalah dua hari untuk income dimasukkan ke dalam akaun Paypal saya. Saya agak puas hati dengan income USD yang telah saya terima. Tak banyak mana pun .. tapi kira oklah dengan kerja yang perlu saya lakukan.

Sebelum ini, saya dah pun ajak-ajak rakan-rakan blogger, rakan-rakan di Facebook serta pembaca blog ini untuk mencuba Narratrs. Saya tak pasti berapa ramai yang telah mendaftar, dan mula jana income USD menerusi platform percuma ini. Mungkin nanti ada yang sudi nak share dengan saya, maka saya sangat alu-alukan ... boleh tag saya di FB atau di Instagram. Buat duit USD di Instagram menerusi Narratrs ... huhu best ooo ...

Income USD Menerusi Narratrs

Ok. Mungkin ada yang skeptikal .. benarkah saya berjaya jana income USD dengan platform ini. Seperti saya sebut awal-awal tadi, saya dah pun cash-out income USD dari Narratrs ini ke akaun Paypal saya. Kemudian nanti, saya akan transfer pula duit USD dalam Paypal ke akaun Maybank pula ... proses ini selalunya akan ambil masa selama 3 hari.
[Baca] Cara Daftar Paypal Untuk Terima Bayaran
Saya tunjukkan income yang telah saya peroleh menerusi dua kempen pengiklanan yang telah ditawarkan kepada saya ehh .. huhuhu... apa yang perlu saya buat hanyalah kongsi kempen yang diberikan kepada saya ke media sosial milik saya.
Saya baru je daftar dengan Narratrs, kira-kira pada bulan Mei 2016. Kemudian pada bulan Jun, saya terima satu kempen untuk dikongsikan di Instagram dan juga Facebook. Dan kempen kedua pada bulan Ogos. Hanya dengan dua kempen ini, saya berjaya dapat income terkumpul USD100 lebih ... huhu...

Kerja mudah.

Pendaftaran Adalah Percuma - Jana Income USD Tanpa Modal!

Daftar percuma dengan Narratrs. Terima undangan atau tawaran kempen dari Narratrs. Kongsi di media sosial. Pastu selesai kempen, lihat income masuk selepas 5 hari bekerja. Selepas jumlah income dalam akaun Narratrs dah capai lebih USD50, boleh terus keluarkan dan pindah ke akaun Paypal anda.
Siapa yang ada Facebook, siapa yang ada Instagram boleh daftar dengan Narratrs ini. Ia program percuma.

Apa Untung Pada Narratrs?

Apa untung pada Narratrs ini? Pihak Narrats akan ambil sedikit income anda semasa nak transfer dari akaun Narratrs ini ke Paypal anda. Rasanya dalam 2% kot dari jumlah income yang dipindahkan.

Ada pelbagai kempen dalam Narratrs ini, jadi saya syorkan untuk anda memilih hanya yang sesuai sahaja dengan follower di media sosial anda. Dan saya juga syorkan untuk anda memilih kempen dari syarikat yang tidak ada isu dari segi sumber income, contohnya kempen iklan dari syarikat arak .. huhuhu.
[Baca] Nak Jana Income USD Secara Pasif dengan YouTube Tak? Daftar Sini.
Untuk elakkan anda dari mendapat undangan dan tawaran kempen yang boleh buat anda rasa was-was, maka ketika pendaftaran ... pilih kategori yang sesuai .. contohnya permotoran, kekeluargaan, hobi dan seumpamanya yang lebih selamat. Income anda datang dari syarikat-syarikat ini .. jadi kena pastikan anda pilih kategori yang betul semasa pendaftaran Narratrs, dan hanya terima tawaran kempen yang sesuai sahaja.

Berminat nak daftar dan mula jana income USD menerusi Narratrs? Boleh klik ke pautan di bawah untuk pendaftaran secara percuma.
[Daftar Percuma] Jana Income USD - Narratrs
Semoga berjaya.

Boleh follow saya di Instagram untuk lihat contoh kempen Narratrs ini - Instagram Hasrul Hassan


4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement