Saya tak dapat nak lari dengan Streamyx kerana lokasi tempat saya ni agak sukar nak dapatkan servis internet lain yang sesuai dengan kelajuan kerja-kerja saya sebagai blogger sepenuh masa. Jika ada, memang saya akan bertukar terus .. tak nak lagi diperhambakan dengan membayar satu nilai yang tidak berbaloi dengan apa yang saya benar-benar inginkan.
iFlix Percuma Setahun Untuk Pelanggan Streamyx

Kalau kaki movie, memang nampak tawaran Streamyx ni tersangat best. Uhhh .. tengok movie dan cerita menarik, popular, blockbuster secara online percuma selama setahun menerusi iFlix. iFlix boleh diakses samada menerusi telefon pintar, tablet dan juga komputer. Itu sebab saya kata, untuk kaki movie .. ia satu tawaran yang sangat mengiurkan.
Sebelum ni, servis iFlix ni hanya diberikan kepada pelanggan TM tertentu sahaja ... rasanya untuk Unifi andai saya tidak tersilap ingatanlah. Sekarang, iFlix ditawarkan juga kepada pelanggan TM Streamyx 4Mbps dan juga 8Mbps. Untuk promosi, TM tawarkan langganan percuma iFlix selama setahun yang bernilai RM120 (10 sebulan). Anda boleh layan iFlix ni di telefon pintar dan tablet dengan muat turun aplikasi percuma iFlix di Google Play dan juga Apple App Store.


Promosi iFlix Dari Telco
Ehemmm .. sebenarnya bukan sekadar TM Streamyx je yang dok promosi percuma iFlix ni, ada juga syarikat lain yang turut memberikan langganan percuma iFlix ni seperti Digi Postpaid, Maxis Video-on-Demand, Celcom, U Mobile Video-Onz dan beberapa lagi yang lain. Anda boleh semak sendiri dengan telco dan syarikat yang sediakan servis internet broadband.Tengah fikir ... nak activate ke tak .. risau gak kang kena tambah bayar selepas setahun...huhu tv percuma yang ada pun tak tertengok nih .. hasihhh.
haha..streamy dh lancarka stretagi..
ReplyDeletenasib baik intenet gua tak sampai 4gb..
saya pun guna streamyx. Sejak berpindah dari KL tahun 2003 samapi sekarang guna perkhidmatan strymx. Dulu tak ada streamyx ni. Main dail up je. Tahun 2007 baru ada. sejak tu saya guna samapi sekarang. Alhamdulillah. kira boleh la.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.