Harga tiket terkini Zoo Negara kini dipakejkan bersama tiket masuk ke Giant Panda Conservation Centre. Jika sebelum ini, harga tiket diasingkan - samada nak masuk atau tidak (boleh refer pada artikel sebelum ini saya tulis, pautan diberikan di awal perenggan); iaitu RM30 (dewasa) untuk masuk ke Zoo Negara tidak termasuk ke Giant Panda Conservation Centre dan RM50 (dewasa) untuk pakej lengkap.
Harga Tiket Terkini Masuk Zoo Negara Malaysia 2016
Berikut adalah harga tiket masuk terkini Zoo Negara 2016 yang telah diterbitkan menerusi laman web rasmi Zoo Negara Malaysia:Harga tiket masuk ke Zoo Negara kini dibahagi kepada 3 kategori:
- Warganegara Malaysia - RM44 (dewasa), RM16 (kanak-kanak)
- Pelancong dari Asean - RM63 (dewasa), RM33 (kanak-kanak)
- Pelancong Antarabangsa - RM85 (dewasa), RM43 (kanak-kanak)
Harga tiket masuk untuk pelajar sekolah kekal dengan harga promosi RM10 untuk pelajar dan RM15 untuk guru pengiring.
Harga tiket terkini yang diterbitkan oleh Zoo Negara Malaysia ini adalah meliputi 19 tarikan utama yang ada di Zoo Negara. Walaubagaimanapun, ia tidak termasuk dengan harga sewaan tram yang ada disediakan untuk para pengunjung.
Harga Tiket Termasuk 19 Tarikan Utama Zoo
19 tarikan utama Zoo Negara Malaysia adalah:- Giant Panda Conservation Centre
- Taman Rama-Rama
- Dunia Amphibia
- Hornbill Centre
- Rumah Reptilia
- Gajah Malaysia
- Tasik Burung
- Bird Aviary
- Pameran Noktural (Haiwan Malam)
- Dataran Australia
- Humboldt Peguin
- Dunia Kanak-Kanak
- Kompleks Beruang
- Savannah Walk
- Hippopotamus
- Mammal Kingdom
- Akuarium Tunku Abdul Rahman
- Cat Walk
- Ape Centre
Waa betul la apa yg ayah bg taw ari tu... Ingat dia ckp main2 pasal harga tiket zoo negara 40 lebih... Haha.. Sbb sy dok cakap bkn bawah 10 ke harga tiket n dia tanye bila Last masuk zoo.. Haha..
ReplyDeletesignificant jugak niperbezaan harga tiket
ReplyDeletehehehe..tak pernah sampai lagi ke zoo negara..terasa juga nak bawa anak-anak ke sana..biasa bawa g zoo melaka je..insyaAllah, jika benar-benar ada kelapangan, mahu juga ke sana..
ReplyDeletewww.ceritaejoy.com
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.