Orait, rasanya ramai juga yang minat kereta Proton ni. Yelah, kereta keluaran Malaysia kot .. bangga rasanya bila kita ada sebuah kereta yang ada spesifikasi terbaik, pastu rekabentuk pun dah menyamai design kereta luar negara, ciri keselamatan pun dapat anugerah, dan banyak lagilah. Anda boleh tonton video khas Proton Persona 2016 di sini - Video Penuh Evolusi Persona
Harga dan Spesifikasi Mengikut Varian serta 20 Gambar Proton Persona 2016
Dan sebelum nak rasa teruja bila melawat showroom Proton Edar mulai 23 Ogos 2016, elok anda layan dulu beberapa gambar Proton Persona 2016 .. jamu mata sebelum boleh main sentuh-sentuh untuk anda sendiri menilai kualiti .. huhu. Pandu uji pun boleh buat dah ....Spesifikasi Proton Persona 2016 Mengikut Varian
Ok .. sebelum anda tengok lebih banyak gambar Proton Persona 2016 ni .. tengok pulak spesifikasi kereta sedan terbaru Proton ini di bawah ... anda juga dibenarkan untuk muat turun dengan percuma brosur spec yang disertakan ni. Boleh tenung-tenung ..Harga Proton Persona 2016 Mengikut Varian
Ok .. sekarang mari kita tengok harga yang ditawarkan untuk setiap varian kereta Proton Persona 2016 baru ni. Seperti yang saya nyatakan di awal artikel ini, harga Proton Persona adalah berdasarkan kepada 4 varian yang ditawarkan. Manakala, ada pilihan 6 warna untuk Proton Persona.PERSONA 1.6 STANDARD MT | PERSONA 1.6 STANDARD CVT | PERSONA 1.6 EXECUTIVE CVT | PERSONA 1.6 PREMIUM CVT |
---|---|---|---|
RM 46,800.00/ Metallic | RM 49,800.00/ Metallic | RM 55,800.00/ Metallic | RM 59,800.00/ Metallic |
RM 46,350.00/ Solid | RM 49,350.00/ Solid | RM 55,350.00/ Solid | RM 59,350.00/ Solid |
Layan lagi gambar-gambar Proton Persona 2016 ini. Kali ini gambar bahagian dalaman Proton Persona 2016 pula ... layannnnn ...
Yang gambar di bawah ini ialah gambar dashboard Proton Persona mengikut varian, iaitu standard, executive dan premium.
Gambar Dalaman Proton Persona 2016 - Dashboard
Gambar Bahagian Dalaman Proton Persona 2016
Ini pula gambar bahagian dalaman lain untuk Proton Persona 2016 ini....Terhibur dah? Dah dapat banyak informasi dan maklumat mengenai Proton Persona 2016 yang baharu ini tak? Kalau ok .. baguslah .. saya gembira anda dapat banyak pengetahuan mengenai kereta kebanggaan rakyat Malaysia ini - Proton Persona 2016 - Harga, Spesifikasi Varian, dan 20 Gambar
[Baca] Tambah Pendapatan Sehingga 4 Angka Menerusi Aplikasi UBER - Tanpa Perlu Bawa KeretaSeperti mana kita support Datuk Lee Chong Wei dalam Sukan Olimpik Rio 2016, seharus jugalah kita support produk tempatan seperti Proton Persona ini ... sapa lagi nak bangga dengan produk negara, kalau bukan warganegaranya sendiri ... huhuhu.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.