Saya rasa ramai blogger Malaysia terutama yang baru; masih belum lagi cekap nak gunakan fungsi yang ada dalam Google Search Console ni. Saya sendiri pun dalam proses belajar. Bila saya dapat tahu sesuatu, lepas tu praktik dan nampak hasil, saya pasti akan kongsi dengan rakan blogger lain.
Cara Memaksimum Entri Berada di Enjin Carian

Tips Blogging Untuk SEO
Orait .. ahhh sudah, sindrom lelaki tua datang .. tu yang melalut tu. Kita kembali ke tujuan asal, iaitu bagaimana cara nak memaksimumkan entri yang berada di dalam blog agar tersenarai dengan segaknya di dalam enjin carian. Dengan kata lain, banyak entri telah disenaraikan dalam Google supaya bila orang search atau cari .. akan jumpa entri blog kita.Misalnya, awek cun nama Feiyna Tajudin nak cari info berkaitan 'Tempat Menarik di Kota Bharu' ... dia akan dapat senarai berikut dalam Google ...




Sekarang, saya tunjukkan pula berapa jumlah sebenar post yang telah diterbitkan dalam blog saya.

Jadi, daripada jumlah tersebut, sebanyak 6414 entri telah diindeks dalam Google menggunakan www.hasrulhassan.com dan sebanyak 8971 entri diindeks dalam Google bagi hasrulhassan.com.
Bagaimana nak buat? Bagaimana cara saya memaksimumkan entri blog untuk berada di dalam enjin carian?
Ikuti langkah-langkah berikut:
2. Klik URL blog anda.
3. Klik sitemap. Pastu masukkan sitemap blog dengan tekan butang merah yang tulis 'Add/Test Sitemap'
4.Dan masukkan sitemap blog anda seperti ini - sitemap.xml?page=X
5. Gantikan X, contohnya seperti di bawah ini:
sitemap.xml?page=1
sitemap.xml?page=2
sitemap.xml?page=3
6. Setiap satu baris atau page akan hantar 150 entri blog anda .. jadi, hantar sehingga anda sampai ke jumlah blog post yang telah anda terbitkan.
Sekarang kita gandakan pula entri kita untuk enjin carian dengan domain blog berbeza. Kali ini, anda tambah url blog anda, dengan Add Property. Jika sebelum ini, anda daftarkan blog anda dengan adanya www di hadapan, kali ini cuba gunakan yang pendek pula, dan untuk blogspot anda boleh buat macam ni:
http://hasrulhassan.blogspot.com atau http://hasrulhassan.blogspot.my
Masukkan semua variasi ini. Jangan risau, ia tak salah, malah digalakkan oleh Google.
Lepas tu, buat seperti langkah-langkah yang sebelum ini, dengan tambahkan sitemap.
Cubalah. Nanti anda akan nampak kesannya.
thanks for sharing
ReplyDeletesimpan dulu... nanti datang balik nak hadamkan :D
ReplyDeleteTQ for sharing
salam singgah , nice cuma kena baca betul betul dan fahamkan je
ReplyDeletethanks for sharing . sedang cuba perbaiki :D
ReplyDeleteinfo menarik
ReplyDeleteSalam tuan Hasrul..saya dah masuk dalam Search Console tu..tp langkah yg kedua tu sya tak tau macamna nak buat..nak upload HTML file tu ke dalam blog saya..camna mau buat tu? :D thanks.
ReplyDeleteterima kasih bro saya dah cuba buat dapat dah..
ReplyDeleteTerima kasih atas maklumat ini.
ReplyDeleteDah cuba tak dapat. 😣
ReplyDeleteindex banyak sekali btw terima kasih tuan
ReplyDeletepark sekejap
ReplyDeletepage 1 tu maksudnya untuk blog yang ada 150 entri ke? kalau buat banyak page tak apa ke kalau entri baru 50?
ReplyDeleteTak apa, asalkan dalam lingkungan julat.
Deletepernah baca entry ni dulu tp lupa nak follow...kejab study
ReplyDeleteTerbaik tips ni.. akan saya cuba nanti
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.