Kali ini, saya nak kongsikan satu lagi cara atau peluang untuk anda jana income tanpa modal. Tetapi dengan syarat anda mestilah seorang pengguna yang aktif di Instagram dan juga Facebook. Dan wajib, anda perlu mempunyai ramai followers di media sosial tersebut, paling tidak pun dalam 1000 followers di Instagram, dan 1000 di FB. Cadangan saya ialah, anda gunakan platform Instagram untuk jana income ini, sebab FB sekarang dah susah nak bagi lepas benda-benda macam ni kalau tak dibayar ... huhu..
Buat Duit USD di Instagram Dengan Narratrs

Buat Duit Dengan Berkongsi Perkara Yang Anda Suka
Yang bestnya ialah, anda boleh pilih kempen ikut kesesuaian anda. Katakan anda seorang yang gemar kongsikan gambar pergi melancong, jadi kempen iklan yang akan diberikan kepada anda adalah yang ada kaitan dengan pelancongan dan percutian. Katakan pula anda seorang surirumah atau househusband macam saya, maka kempen iklan atau promosi produk adalah yang ada kaitan dengan perkakas, peralatan elektrik, peralatan memasak dan sebagainya.Anda boleh terima dan tolak jika kempen diberikan kepada anda tidak sesuai.
Dari Mana Income Itu Datang?
Kempen yang anda buat atau kongsikan di Instagram adalah kempen secara terus dari syarikat tersebut. Jadi, income yang anda dapat sebenarnya adalah pembayaran terus dari syarikat, cumanya ia melalui Narratrs sebagai 'orang tengah'. Jadi, tidak timbul soal income anda diperoleh dari syarikat yang jual todi, arak atau dari syarikat yang ada latar belakang judi dan sebagainya. Pihak Narratrs berhati-hati dalam soal ini.Income USD
Income yang akan anda dapat adalah dalam USD. Bergantung dengan jenis promosi serta jumlah promosi, jumlah pendapatan yang akan anda terima adalah berbeza-beza. Anda boleh terima income dari serendah USD2 hingga ke USD300 hanya untuk satu kempen.Cuba lihat contoh income yang telah saya dapat dengan Narratrs di bawah ini:

Contoh Kempen Menerusi Narratrs
Di bawah ini adalah salah satu kempen terbaru (Ogos 2016) yang saya terima dari Narrats, malah ramai rakan-rakan saya di Instagram, dan juga di Facebook yang share kempen ini ... dan mereka dibayar dalam USD!
Kena Aktif dan Pantas
Cuma satu je ... anda perlu menjadi aktif dan cepat-cepat rebut peluang kempen yang disediakan, sebabnya ialah, sesuatu kempen itu ada bajet yang terhad. Jadi, siapa cepat dia dapat. Siapa post dahulu, dia akan dapat income lebih.Namun, seperti awal saya sebut .. kempen ini akan diberikan ikut kategori yang telah anda tetapkan sendiri, ia tidak dibuka kepada semua. Ia juga adalah cara untuk elakkan kempen yang salah diberikan kepada anda... hoho .. takkanlah anda nak mempromosikan minuman berasaskan alkohol atau tempat percutian yang boleh bertelanjang-bogel kan? Huhuhu .. jadi kena pilih dan jangan tamak.
Lihat contoh email yang saya terima untuk kempen terbaru oleh Narratrs ini:

Daftar Percuma
Jika anda fikir nak sertai Narratrs, cukup syarat saya katakan di awal post; tak ada rasa ragu-ragu akan sumber income yang anda bakal dapat .. maka bolehlah daftar secara percuma dengan klik pautan di bawah ini:[+] Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Laman Sosial
Anda boleh login dengan mudah menggunakan akaun Instagram dan Facebook anda.
Jangan lupa untuk follow saya di FB atau Fanpage serta langgan blog ini untuk dapatkan banyak lagi panduan, tips yang berkaitan dengan buat duit online, selain panduan blogger dan kisah merapu saya sebagai househusband.
Semoga bermanfaat.
USD banyak untung...nice sharing
BalasPadambertambah lagi lah income HH,in shaa Allah :)
BalasPadamwah ...selamat ya ..tambah lagi ni incomenya.....
BalasPadamYa gitulah. Sudah daftar?
Padamfollower x cukup 1000 boleh register x?
BalasPadamsa dah daftar.Tunggu kempen tamat.
BalasPadamsekarang juga kita daftar... jom!!
BalasPadamHehehe ... saya lak kena kemaskini balik akaun sbb dah tukar akaun instagram
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.